Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia

12.6 - Sistem Endokrin

Sistem Endokrin Manusia

Sistem endokrin terdiri daripada beberapa kelenjar yang merembeskan pengutus bahan kimia iaitu hormon dalam badan. Kelenjar endokrin merupakan kelenjar yang tidak berduktus, maksudnya hormon dirembeskan terus ke dalam salur darah. Hormon yang dihasilkan hanya akan memberi kesan kepada sel sasaran spesifik sahaja walaupun hormon tersebut mengalir ke seluruh badan. Hormon tersebut akan bergabung dengan reseptor spesifik yang terdapat di permukaan sel-sel sasaran dan menyebabkan sel-sel tersebut memberi gerak balas tertentu. Hormon terlibat dalam 3 fungsi utama iaitu pembiakan, pertumbuhan dan homeostasis.

Rajah 14

Rajah 14 - Sistem endokrin manusia.

Fungsi Hormon yang Dirembeskan oleh Setiap Jenis Kelenjar Endokrin

Kelenjar pituitari ialah kelenjar utama kerana kelenjar ini merembeskan beberapa hormon yang mengawal kelenjar endokrin yang lain. Namun begitu, kelenjar pituitari ini dikawal oleh hipotalamus. Terdapat dua lobus kepada kelenjar pituitari iaitu lobus anterior dan lobus posterior.

Fungsi-fungsi hormon

Hormon perangsang merupakan hormon yang mengawal rembesan hormon yang lain.

  • Lobus anterior kelenjar pituitari
    • Hormon: Peluteinan (LH)
      • Tisu/organ sasaran: Gonad
        • Fungsi:
          • Merangsang ovulasi, perkembangan corpus luteum dan rembesan estrogen dan progesteron dalam wanita.
          • Merangsang rembesan testosteron dalam lelaki.
    • Hormon: Hormon pertumbuhan (GH)
      • Tisu/organ sasaran: Tisu lembut dan tulang
        • Fungsi: Merangsang pertumbuhan, sintesis protein dan metabolisme lemak.
    • Hormon: Adrenokortikotrof (ACTH)
      • Tisu/organ sasaran: Kelenjar adrenal
        • Fungsi: Merangsang korteks adrenal untuk merembes hormon.
    • Hormon: Perangsang tiroid (TSH)
      • Tisu/organ sasaran: Kelenjar tiroid
        • Fungsi: Merangsang kelenjar tiroid untuk merembes tiroksina.
    • Hormon: Perangsang folikel (FSH)
      • Tisu/organ sasaran: Gonad
        • Fungsi:
          • Merangsang pertumbuhan folikel dalam ovari wanita.
          • Merangsang spermatogenesis.
  • Lobus posterior kelenjar pituitari
    • Hormon: Antidiuresis (ADH)
      • Tisu/organ sasaran: Ginjal
        • Fungsi: Merangsang penyerapan semula air oleh tubul ginjal.
    • Hormon: Oksitosin
      • Tisu/organ sasaran: Uterus, Kelenjar susu
        • Fungsi:
          • Merangsang pengecutan otot uterus semasa kelahiran.
          • Merangsang pengeluaran susu daripada kelenjar susu wanita.
  • Kelenjar adrenal
    • Hormon: Aldosteron
      • Tisu/organ sasaran: Ginjal
        • Fungsi: Meningkatkan penyerapan garam mineral dalam ginjal.
    • Hormon: Adrenalina
      • Tisu/organ sasaran: Otot, hati dan jantung
        • Fungsi:
          • Meningkatkan aras gula dan asid lemak dalam darah.
          • Meningkatkan aktiviti jantung dan kadar pernafasan.
          • Meningkatkan kadar metabolisme dan pengecutan salur darah.
  • Kelenjar tiroid
    • Hormon: Tiroksina
      • Tisu/organ sasaran: Semua tisu
        • Fungsi:
          • Meningkatkan kadar metabolisme.
          • Meningkatkan suhu badan.
          • Mengawal pertumbuhan dan perkembangan.
  • Pankreas
    • Hormon: Insulin
      • Tisu/organ sasaran: Hati, otot dan tisu adipos
        • Fungsi: Menurunkan aras glukosa darah dan merangsang penukaran glukosa ke glikogen.
    • Hormon: Glukagon
      • Tisu/organ sasaran: Hati, otot dan tisu adipos
        • Fungsi: Meninigkatkan aras glukosa darah dan menggalakkan penukaran glikogen ke glukosa.
  • Testis
    • Hormon: Testosteron
      • Tisu/organ sasaran: Gonad, kulit, otot dan tulang
        • Fungsi:
          • Merangsang perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki.
          • Merangsang spermatogenesis.
  • Ovari
    • Hormon: Estrogen
      • Tisu/organ sasaran: Gonad, kulit, otot dan tulang
        • Fungsi:
          • Merangsang perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita.
          • Merangsang kematangan folikel.
          • Merangsang pembaikan dan penebalan dinding uterus.
    • Hormon: Progesteron
      • Tisu/organ sasaran: Gonad
        • Fungsi: Merangsang perkembangan dinding uterus dan pembentukan plasenta.

Penglibatan Kedua-dua Sistem Saraf dan Sistem Endokrin dalam Situasi Cemas

Dalam keadaan yang mengancam nyawa, contohnya seseorang mengejar anda dengan sebilah pisau, hipotalamus anda akan menghantar impuls saraf terus ke medula adrenal. Medula adrenal mengandungi neuron dari sistem saraf simpatetik dalam sistem saraf autonomi.

  1. Dalam situasi 'lawan atau lari', impuls saraf dari hipotalamus
  2. Merangsang sel medula adrenal untuk merembes adrenalina dan noradrenalina.
  3. Adrenalina dan noradrenalina akan meningkatkan kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah, aras glukosa darah dan aktiviti metabolisme.

Sistem saraf dan Sistem Endokrin

  • Persamaan
    • Kedua-dua mengandungi tisu/organ sasaran.
    • Kedua-dua bertindak balas terhadap rangsangan melalui gerak balas yang sesuai.
    • Kedua-dua terlibat dalam pengawalan aktiviti dalam badan.
  • Perbezaan
    • Sistem saraf
      • Komponen: Terdiri daripada neuron yang banyak
      • Tempoh kesan: Pendek
      • Bentuk isyarat: Impuls elektrik
      • Gerak balas: Segera
      • Efektor: Melibatkan organ spesifik
    • Sistem Endokrin
      • Komponen: Terdiri daripada kelenjar endokrin
      • Tempoh kesan: Panjang
      • Bentuk isyarat: Hormon (kimia)
      • Gerak balas: Lambat, memerlukan masa
      • Efektor: Melibatkan beberapa jenis organ

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024