Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia
Semua organisma hidup mampu mengesan perubahan rangsangan dalam dan rangsangan dari persekitaran luar dan memberi tindak balas yang sewajarnya pada setiap masa. Keupayaan ini dikenali sebagai kepekaan. Perubahan yang merangsang gerak balas disebut rangsangan. Rangsangan boleh dibahagikan kepada 2 jenis.
Hidupan mamalia dapat mengesan rangsangan ini dengan menggunakan sel deria khas yang dipanggil reseptor. Reseptor-reseptor ini bertanggungjawab mengesan sebarang rangsangan yang ada. Rangsangan ini kemudian akan ditukar menjadi impuls saraf dan dihantar ke otak. Otak akan menyelaraskan gerak balas yang sesuai terhadap rangsangan tersebut. Gerak balas merupakan cara organisma bertindak terhadap sesuatu rangsangan yang dikesan. Efektor dalam badan akan menjalankan gerak balas terhadap rangsangan tersebut. Reseptor dan efektor bekerjasama melaksanakan gerak balas yang sesuai terhadap rangsangan tersebut.
Rajah 1 - Laluan yang terlibat dalam mengesan dan bergerak balas terhadap perubahan persekitaran luar.
Apabila rangsangan dikesan dan gerak balas yang sesuai telah dihasilkan, ini dkenali sebagai koordinasi. Koordinasi sangat penting untuk memastikan semua aktiviti organisma dapat berfungsi secara menyeluruh. Terdapat dua sistem koordinasi berbeza yang terlibat dalam koordinasi dan gerak balas iaitu sistem saraf dan sistem endokrin. Kedua-dua sistem bekerjasama untuk mengkoordinasi dan mengawal gerak balas.
Rajah 2 - Laluan yang terlibat dalam mengesan dan bergerak balas terhadap perubahan persekitaran dalam.
Reseptor deria merupakan hujung gentian saraf khusus yang mengesan perubahan pada persekitaran luaran dan dalaman. Secara umumnya, satu jenis reseptor hanya mengesan satu jenis rangsangan.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!