Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia

12.2 - Sistem Saraf

Sistem saraf manusia terdiri daripada rangkaian sel saraf atau neuron dan tisu saraf yang menghantar maklumat antara reseptor deria, organ dan efektor. Sistem ini boleh dikategorikan kepada 2 subsistem utama:

  • Sistem saraf pusat , yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang.
  • Sistem saraf periferi , yang termasuk semua tisu saraf yang terletak di luar sistem saraf pusat.

Sistem Saraf Manusia

Otak manusia terdiri daripada serebrum, serebelum, medul oblongata, talamus dan hipotalamus.

Rajah 3

Rajah 3 - Otak manusia.

Bahagian otak manusia, Ciri dan Fungsi

Serebrum

  • Bahagian otak yang paling besar dan kompleks.
  • Boleh dibahagikan kepada hemisfera kiri dan kanan.
  • Permukaan berlipat-lipat meningkatkan luas permukaan untuk memuatkan lebih banyak saraf.
  • Psuat kawalan untuk emosi, pendengaran, penglihatan, personality dan tindakan terkawal.
  • Menerima input deria dan menjalankan fungsi integrasi.
  • Bertanggungjawab dalam banyak keupayaan mental seperti pembelajaran, kobolehan mengingat, kemahiran berbahasa dan kemahiran matematik.

Hipotalamus

  • Terlibat dalam kawalan homeostasis.
  • Pusat koordinasi untuk suhu badan, keseimbangan air dan tekanan darah.
  • Mengawal rembesan beberapa hormon dari kelenjar pituitari.

Serebelum

  • Terletak di bawah serebrum.
  • Pusat koordinasi untuk pergerakan badan.

Medula oblongata

  • Terletak di bahagian anterior serebellum.
  • Mengawal proses dalama badan yang tidak sedar.
  • Pusat refleks untuk muntah, menelan, batuk, bersin dan cegukan.

Kelenjar pituitari

  • Terletak di dasar hipotalamus.
  • Kelenjar utama dalam sistem endokrin yang merembes hormon yang memberi kesan kepada kelenjar lain dan fungsi badan.

Saraf tunjang terkandung dalam turus vertebra. Saraf tunjang dikelilingi oleh bendalir serebrospina yang bertindak sebagai pelindung dan membekalkan nutrien kepada saraf tunjang. Saraf tunjang terdiri daripada jirim putih dan jirim kelabu. Saraf spina muncul dari saraf tunjang melalui akar dorsal dan akar ventral. Fungsi saraf tunjang termasuk:

  • Memproses beberapa jenis maklumat deria dan menghantar gerak balas melalui neuron motor.
  • Mengandungi laluan neuron untuk refleks.
  • Mengandungi neuron yang menghantar isyarat ke dan dari otak.

Rajah 4

Rajah 4 - Keratan rentas jirim kelabu kelihatan seperti bentuk rama-rama atau abjad H. Jirim kelabu terdiri daripada neuron sel badan. Jirim kelabu dikelilingi oleh jirim putih. Jirim putih mengandungi akson yang disaluti mielin yang memanjang ke seluruh saraf tunajng.

Struktur saraf tunjang, Ciri dan Fungsi

  • Ganglion akar dorsal: Mengandungi badan sel neuron deria terkumpul.
  • Akar dorsal: Mengandungi akson neuron deria yang menghantar impuls saraf dari reseptor deria ke saraf tunjang.
  • Akar ventral: Mengandungi neuron motor yang membawa impuls dari saraf tunjang ke efektor.
  • Saraf spina: Mengandungi neuron deria dan neuron motor.

Rajah 5

Rajah 5 - Sistem saraf periferi mencantum reseptor deria dan efektor dengan sistem saraf pusat.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024