Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia
Sistem saraf terdiri daripada berjuta-juta sel saraf yang dipanggil neuron. Struktur asas neuron mempunyai beberapa bahagian khusus:
Rajah 6 - Struktur asas neuron motor.
Neuron menghantar impuls saraf ke sel saraf, kelenjar atau otot yang lain. Terdapat 3 jenis neuron – neuron deria, neuron motor dan neuron geganti.
Rajah 7 - Neuron motor
Rajah 8 - Neuron deria
Rajah 9 - Neuron geganti
Penghantaran maklumat di sepanjang neuron adalah melalui isyarat elektrik yang dikenali sebagai impuls saraf. Impuls saraf bergerak di sepanjang akson neuron sehingga sampai di bonggol sinaps. Sinaps merupakan tapak di mana dua neuron atau satu neuron dengan satu sel efektor berkomunikasi.
Pemancaran impuls merentasi sinaps melibatkan pertukaran isyarat elektrik ke isyarat kimia dalam bentuk neurotransmiter. Beberapa contoh neurotransmiter termasuk asetilkolina, noradrenalina, serotonin dan dopamina.
Rajah 10 - 1. Apabila impuls elektrik sampai di bonggol sinaps, impuls tersebut merangsang vesikel sinaps untuk merembeskan neurotransmiter ke dalam sinaps. 2. Neurotrasmiter tersebut akan meresap melalui sinaps dan bergabung dengan reseptor spesifik pada dendrit neuron penerima. 3. Penggabungan neurotransmiter dengan reseptor merangsang pencetusan impuls yang seterusnya.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!