Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia
Gerak balas yang dihasilkan adalah sama ada tindakan terkawal atau tindakan luar kawal. Berikut adalah persamaan dan perbezaan antara tindakan terkawal dan tindakan luar kawal.
Rajah 11 - Tindakan terkawal seperti berjalan dan bercakap adalah di bawah tindakan yang disedari. Tindakan terkawal otot rangka dikawal oleh korteks serebrum. Maklumat yang sampai di korteks serebrum akan menghasilkan persepsi tentang persekitaran luar.
Tindakan tidak terkawal melibatkan otot rangka yang membolehkan tindakan segera tanpa kesedaran kita. Sebagai contoh, sekiranya anda tersentuh dapur gas yang panas, reaksi anda adalah tarik jari dengan segera tanpa perlu memikirkannya. Dalam keadaan apabila gerak balas terhadap rangsangan adalah tidak terkawal , gerak balas tersebut dipanggil refleks. Laluan saraf yang terlibat dalam gerak balas refleks dipanggil arka refleks.
Rajah 12 - Arka refleks tiga neuron yang melibatkan 3 neuron dan satu saraf tunjang.
Rajah 13 - Arka refleks dua neuron yang melibatkan 2 neuron sahaja.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!