Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia
Sklerosis berganda Penyakit kronik yang menjejaskan sistem saraf pusat. Sistem imun keliru dan menyerang salut mielin dalam otak dan saraf tunjang secara silap. Ini mengakibatkan masalah komunikasi antara otak dengan bahagian badan yang lain.
Penyakit Alzheimer Gangguan neurologi yang menyebabkan kehilangan keupayaan untuk menaakul dan menjaga diri sendiri. Pesakit Alzheimer mudah lupa dan hilang arah mereka walaupun berada di tempat yang lazim. Apabila kemerosotan otak berterusan, mereka akan hilang keupayaan untuk membaca, menulis, makan, berjalan dan becakap.
Penyakit Parkinson Gangguan progresif sistem saraf pusat kerana penurunan tahap dopamin dalam otak. Penyakit ini akan menyebabkan seseorang itu terketar-ketar di tangan, rahang, kaki dan muka. Pesakit juga akan mempunyai kesukaran untuk mengekalkan postur dan keseimbangan badan.
Lou Gehrig/ Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) Penyakit progresif neuron motor yang menyebabkan otot kehilangan kawalan. Apabila penyakit berterusan, pesakit akan kehilangan keupayaan untuk mengunyah, berjalan atau bercakap.
Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) Gangguan otak yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk memberi perhatian, duduk tenang dan mengawal tingkah lakunya. Pesakit biasanya hiperaktif dan mudah terganggu.
Autisme Gangguan perkembangan yang berkaitan dengan saraf dalam otak. Individu yang mempunyai autisme bermasalah dengan interaksi social dan komunikasi.
Penyalahgunaan dadah akan megakibatkan ketagihan apabila seseorang itu tidak dapat menahan keinginan untuk mengambil ubat tanpa mengira kerosakan yang boleh dibawanya. Gejala sarak akan terhasil apabila seseorang itu berhenti mengambil dadah tertentu. Simptomnya termasuk menggeletar, berpeluh dan muntah yang boleh menjadi sangat sukar dan tidak selesa bagi mangsa.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!