Membina Kesejahteraan Negara

7.6 - Rukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara

  • Rukun negara
    • Ideologi negara yang dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat kea rah perpaduan.
    • Susunan prinsip hidup masyarakat yang mengandungi nilai kenegaraan dan norma sosial yang mencakupi seluruh aspek kehidupan bernegara.
    • Menggariskan ikrar yang perlu dihayati oleh warganegara
    • Dianggap sebagai falsafah hidup rakyat Malaysia.

Sejarah Pembentukan

  • Rukun Negara dibentuk disebabkan peristiwa 13 Mei 1969.
  • Merupakan hasil perbincangan dan pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN).
  • 31 Ogos 1970 – Diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong IV.
  • Pada tahun 2020, genaplah 50 tahun Rukun Negara dicipta.
  • Logo Rasmi Sambutan Jubli Emas Rukun Negara
    • 5 Jalur – Simbolik 5 prinsip Rukun Negara.
    • Bulan dan Bintang – Prinsip kepercayaan kepada Tuhan.
    • Tengkolok berkerawang bulan dan bintang – Simbol prinsip kesetiaan kepada raja dan negara serta melambangkan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
    • Angka 50 – Sempena ulang tahun Rukung Negara.
    • Warna Biru – Amalan perpaduan dalam kesopanan dan kesusilaan.

Matlamat ke Arah Kesejahteraan

Setiap matlamat berperanan melahirkan sebuah negara yang rakyatnya hidup bersatu padu, aman dan sejahtera.

Masyarakat Demokratik

  • Rakyat bertindak melalui parlimen yang dilantik menerusi perlembangaan.
  • Perlembagaan negara – Menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan berpolitik asalkan tidak melanggar undang-undang negara.
  • Kepentingan negara diutamakan lebih daripada kepentingan kaum

Negara Bersatu

  • Mencipta satu bangsa dan negara yang bersatu padu.
  • Setiap ahli masyarakat menganggap diri sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan atau kepercayaan.
  • Rakyat Malaysia mempunyai kesetiaan dan cinta akan negara.

Masyarakat Adil

  • Mencipta masyarakat yang adil – Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.
  • Masyarakat adil wujud apabila pihak yang lemah dan berkurangan dibantu supaya mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dan bebas daripada penindasan.

Masyarakat Progresif

  • Menegakkan masyarakat progresif mengikut kemajuan sains dan teknologi di samping mengamalkan nilai-nilai ketuhanan.
  • Satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan perubahan dan kemajuan pada masa ini.

Masyarakat Liberal

  • Ahli masyarakat bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara.
  • Ahli masyarakat bercita-cita mencipta satu masyarakat yang boleh menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

Prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan

  • Agama – Panduan hidup untuk membentuk keperibadian yang baik dan landasan membina keharmonian kaum.
  • Perlembagaan Malaysia – Islam agama rasmi persekutuan.
  • Agama dan kepercayaan lain boleh diamailkan dengan aman dan tenteram.
  • Setiap ahli masyarakat perlu sailing memahami, menghormati dan bertoleransi antara kaum.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

  • Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan.
  • Raja – Simbol penyatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum.
  • Prinsip ini melahirkan rakyat yang:
    • Hormat simbol kedaulatan negara.
    • Mematuhi undang-undang.
    • Berusaha meningkatkan imej negara
    • Berani mempertahankan kedaulatan negara
    • Mempunyai ciri patriotism yang teguh

Keluhuran Perlembagaan

  • Maksud – Ketertinggian dan keagungan perlembagaan atau undang-undang.
  • Fungsi – Memberi perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat.
  • Menekankan supaya rakyat dapat menerima dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan.

Kedaulatan Undang-undang

  • Setiap rakyat perlu menghormati undang-undang, tidak melakukan kesalahan dan berusaha menyokong penguatkuasaannya.
  • Tanggungjawab rakyat – Mempertahankan dan memelihara kedaulatan undang-undang daripada dicabar oleh mana-mana pihak.

Kesopanan dan Kesusilaan

  • Setiap rakyat perlu sentiasa bersopan santun, saling menghormati dan berakhlak mulia.
  • Menjamin hubungan baik sesama kaum agar terus kekal terpelihara.
  • Menjadi garis panduan yang perlu dijadikan amalan dan disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia.
  • Penghayatan nilai murni melahirkan suasana yang harmoni dan saling bertolak ansur.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024