Membina Kesejahteraan Negara

7.3 - Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan

Seiring dengan kemerdekaan negara, Bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi. Beberapa langkah telah diambil untuk memartabatkan Bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan

  • Bahasa Melayu – Alat memupuk perpaduan kaum.
  • Kedudukan Bahasa Melayu dimartabatkan melalui penggubalan undang-undang - Akta Bahasa Kebangsaan [Akta 32].
  • Akta ini digubal dibawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • 1 Julai 1971 – Akta ini mula dikuatkuasakan.

Bahasa Rasmi Pentadbiran

  • Bahasa Melayu – Unsur penggerak jentera pentadbiran negara.
  • Menjadi alat komunikasi rasmi dalam pelbagai urursan di kementerian dan jabatan kerajaan.
  • 1990 – Digunakan sepenuhnya dalam urursan mahkamah.
  • Seksyen 2 – Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan bahawa segala urusan rasmi kerajaan harus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • Seksyen 8 – Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan bahwa bahasa Melayu mesti digunakan dalam mana-mana mahkamah di Malaysia (kecuali pemberian keterangan oleh seorang saksi).

Memperkasakan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

  • Pembukaan sekolah menengah kebagsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti:
    • Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri dan Kolej Sultan Abdul Halim.
  • Bahasa Melayu dapat memupuk semangat kekitaan dan bersatu dalam kalangan murid.
  • Bilangan ruru terlatih ditambah di sekolah menengah kebangsaan.
  • Guru Khas untuk sekolah menengah jenid kebangasaan .
  • Matlamat – Untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Pusat Keilmuan Bahasa Melayu

  • UKM – Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
  • 18 Mei 1970 – UKM ditubuhkan.
  • Pusat pengajian tinggi awam pertama yang memperkenalkan pengajian pelbagai jurusan dan bidang kursus dalam bahasa Melayu.
  • 1 Disember 1972 – Penubuhan Institusi Bahasa, Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM).
  • Ini menjadikan UKM sebagai pusat penyelidikan dan rujukan dalam bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan tamadun Melayu.
  • 1992 – IBKKM ditukar kepada Institusi Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).
  • ATMA menjadi tumpuan para penyelidik, sasterawan, keryawan dan budayawan daripada pelbagai kaum dari dalam dan luar negara.
  • Pengiktirafah tokoh UKM – Muhamad Haji Salleh dan Siti Zainon Ismail sebagai Sasterawan Negara membuktikan kejayaan UKM sebagai pusat keilmuan bahasa Melayu.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

  • 22 Jun 1956 – Penubuhan DBP hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.
  • Tujuan – Memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
  • Nama asal DBP – Balai Pustaka.
  • Pengarah pertama (kini ketua pengarah) – Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid.
  • Pembukaan pejabat di wilayah dan cawangan di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Sarawak dan Sabah.
  • Tujuan – Mengembangkan aktivii bahasa dan sastera sebagai medium untuk memupuk perpaduan.
  • Peranan DBP - Mengembangkan bahsa dan sastera Melayu melalui penerbitan buku dan majalah, risalah, menganjurkan seminar dan bengkel serta pelbagai aktiviti bersempena dengan Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan.
  • Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960 – Mengukuhkan lagi pembinaan masyarakat yang bersatu padu melalui bahasa.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024