Membina Kesejahteraan Negara

7.2 - Dasar Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan merupakan saluran terbaik bagi merealisasikan matlamat membina perpadaun kaum dan integrasi nasional.

Latar Belakang Dasar Pendidikan Kebangsaan

  • Dilaksanakan melalui – Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 / Penyata Razak 1956.
  • Termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957.
  • 1960 – Dasar pendidikan sebelum ini disemak semula dan menghasilkan Laporan Rahman Talib dan Laporan Jawatankuasa Kabiner 1979.
  • Matlamat
    • Menyatupadukan rakyat dan menyediakan tenaga kerja mahir yang terdiri daripada pelbagai kaum.
    • Memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, ekonomi, sosial dan politik.
    • Melahirkan rakyat yang berilmu, seimbang dan harmoni serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara.

Laporan Rahman Talib

  • Abdul Rahman Talib – Pengerusi jawatankuasa ini pada tahun 1960.
  • Beliau menyemak semula dan mengukuhkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
  • Laporan ini menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 dan penyemakan Dasar Pendidikan Kebangsaan seterusnya.
  • Laporan ini mengekalkan teras sisitem pendidikan untuk memupuk perpaduan dan integrasi.
  • Bahasa Melayu – Bahasa pengantar pada semua peringkat pendidikan. Bahasa yang seragam mewujudkan perpaduan.
  • Kurikulum yang sama dan berorientasikan negara kita bagi semua jenis sekolah – Mewujudkan perasaan cinta akan negara.
  • Cadangan tambahan Laporan Rahman Talib kepada Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 – Untuk memperkukuhkan semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan murid pelbagai kaum.
  • Antara cadangan tersebut:
    • Penekanan mata pelajaran Sejarah – Menanam perasaan cinta dan kesetiaan terhadap negara.
    • Mewajibkan mata pelajaran TataRakyat – Membentuk sikap bertoleransi, bekerjasama dan persefahaman antara kaum.
  • Kajian Aminuddin Baki – Untuk penambahbaikan dan dilaksanakan sepenuhnya.
    • Sistem persekolahan aneka jurusan – Untuk menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
    • Kursus kemahiran – Melahirkan tenaga kerja mahir pelbagai kaum serta persediaan memenuhi pasaran kerja.
    • Sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua kaum untuk memupuk perpaduan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet

  • September 1974 – Penubuhan Jawatankuasa Kabinet.
  • Fungsi – Mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan.
  • Laporan diumumkan oleh Menteri Pelajaran pada tahun 1979.
  • Antara kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet untuk memperkukuhkan perpaduan:
    • Bahasa Melayu – Menjadi mata pelajaran wajib dalam peperiksaan awam.
    • Penegasan pendidikan kerohanian – Pendididkan Islam dan Pendidikan Moral.
    • Aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua kaum – Unit beruniform, sukan dan permainan serta persatuan.
  • Hasil laporan
    • Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
    • Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)
    • Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  • Falsafah Pendidikan Negara (FPN) - Digubal pada tahun 1988.
  • Matlamat – Memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara kea rah perpaduan.
  • 1996 – FPN ditukar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Menekankan pendidikan yang menyeluruh dan besepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang dari segu jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Akta Pendidikan 1996

  • Bahasa kebangsaan – Bahasa pengantar utamma dalam sistem pendidikan.
  • Bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib disemua sekolah dan institusi pendidikan.
  • Institusi pendidikan swasta – Perlu mengadakan pengajaran Bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cinta akan negara serta nilai murni.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024