Membina Kesejahteraan Negara

7.5 - Sukan sebagai Alat Perpaduan

Sukan adalah medium untuk memupuk perpaduan kaum dan integrase nasional. Sukan dapat mengeratkan hubungan muhibah dan menerapkan rasa saling hormat dalam kalangan peserta.

Sukan dan Perpaduan Melalui Pendidikan

  • Dasar 1 Murid 1 Sukan dan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) – Menggalakkan murid pelbagai kaum melibatkan diri dalam sukan yang digemari,
  • Dapat memupuk semangat setia kawan dan berpasukan.
  • Dasar ini juga mampu melahirkn atlet yang berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa.

Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

  • MASUM bermula pada tahun 1974
  • Tujuan – Mengadakan pertandingan dalam kalangan penuntut dan staf university tempatan bagi memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.
  • Menjadi medan untuk atlet menunjukkan kebolehan dalam sukan.
  • Penganjuran MASUM secara bergilir-gilir dapat menggalakkan integrasi antara negeri.

Majlis Sukan Malaysia (SUKMA)

  • SUKMA – Diadakan secara dwitahunan pada peringkat kebangsaan.
  • Disertai oleh 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
  • Tujuan – Mengeratkan hubungan kaum serta untegrasi antara negeri.
  • SUKMA pertama – 19 April 1986 hingga 26 April 1986 di Kuala Lumpur dan disertai oleh 3849 atlet.

Penganjuran Sukan

  • Penganjuran pelbagai jenis sukan pada peringkat serantau dan antarabangsa membuktikan bahawa sukan dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
  • Antara sukan antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia:
    • Hoki Piala Dunia
    • Sukan Komanwel
    • Piala Thomas
    • South East Asia Games
    • Sukan SEA
    • Sukan Permotoran Formula 1
    • Sukan berbasikal Le Tour de Langkawi

Kejayaan Malaysia Kebanggaan Bersama

  • Kejayaan pasukan negara dalam pertandingan sukan antarabangsa merupakan hasil kerjasama serta kesunggihan pelbagai pihak.
  • Dalam satu pasukan, pemain dan jurulatih bekerjasama tanpa mengira kaum.
  • Setiap rakyat Malaysia mengharapkan kemengangan pasukan negara.
  • Ini membuktikan sukan memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah pasukan yang bersatu dan saling bekerjasama untuk mencapai kejayaan.

Laungan “Malaysia Boleh”

  • “Malaysia Boleh” – Menunjukkan patriotisme rakyat tanpa mengira kaum, agama dan budaya ketika menyokong pasukan Malaysia.
  • Slogan ini digunakan ketika
    • Kempen Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Uber pada tahun 1992.
    • Penyertaan Malaysia di kejohanan Olimpik yang diadakan di Sepanyol.
    • Kejohanan Sukan SEA di Singapura 1993.
  • Laungan “Malaysia Boleh” oleh penyokong dapat dilihat apabila Malaysia muncul sebagai juara Piala Thomas pada 1992.
  • Ini membuktikan rakyat Malaysia bersatu padu untuk kejayaan pasukan negara.

Peranan Organisasi dalam Perkembangan Sukan dan Memupuk Perpaduan Kaum

  • Agensi yang bertanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan sukan negara pada peringkat antarabangsa:
    • Kementerian Belia dan Sukan
    • Majlis Sukan Negara
    • Majlis Olimpik Malaysia
    • Persatuan sukan peringkat kebangsaan dan negeri.
  • Pegawai pengurusan, pakar perubatan sukan, pegawai teknika dan panel kejurulatihan yang terlibat dalam organisasi ini terdiri daripada pelbagai kaum dan kepakaran.

Kepemimpinan Berwibawa

  • Kejayaan sukan di negara kita merupakan hasil:
    • Pengurusan sukan yang cekap dan teratur.
    • Ketokohan pemimpin persatuan sukan, jurulatih, para atlet dan pegawai sukan.
  • Keunikan sukan di Malaysia – Penglibatan kerabat diraja dan ahli politik sebagai penaung atau presiden persatuan sukan.
  • Bekas atlet menjadi pengurus atau jurulatih pasukan.
  • Peranan mereka – Menarik minat dan sokongan rakyat terhadap perkembangan industri sukan negara.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024