Membina Kesejahteraan Negara

7.4 - Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar ini menjadi garis panduan masyarakat bagi membentuk dan mengekalkan identity sebagai warganegara Malaysia.

Sejarah Pembentukan

  • 1971 – Dasar ini digubal dan diperakui melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan.
  • Kongres ini lanjutan daripada Kongres Rakyat 1956 iaitu Kongres Kebudayaan Melayu.
  • Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak.
  • Kongres ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Prinsip Utama

  • Tiga prinsip utama
    • Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
    • Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai elemen penting.
    • Islam menjadi institudi unsur yang pendting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan dan Kebangsaan.

Matlamat Pembentukan

  • 3 matlamat uatam Dasar Kebudayaan Kebangsaan:
    • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
    • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang terhasil daripada kebudayaan kebangsaan.
    • Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Agensi Pelaksana

  • Pelaksanaan dasar ini melibatkan semua kementerian, agensi dan jabatan yang berkaitan dengannya seperti:
    • Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Kini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya).
    • Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara
    • Majlis Kebudayaan Negeri
    • Istana Budaya
    • Akademi Seni Budaya
    • Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Citrawarna Malaysia

  • Dasar ini dijelmakan melalui program seperti Citrawarna Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum dan budaya.
  • Program ini dianjurkan pada tahun 1999 untuk mempromosikan pelancongan.
  • Antara program yang dijalankan – Memperagakan kebudayaan, pakaian, tarian dan nyanyian rakyat Malaysia.
  • Program ini diadakan di Dataran Merdeka pada bulan Mei setiap tahun.

Penggiat Budaya

  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan melahirkan ramai tokoh dan penggiat budaya yang tersohor.
  • Mereka memberi sumbangan besar terhadapa proses membudayakan masyarakat dan kebudayaan bangsa.
  • Sumbangan mereka penting dalam menggalakkan penghasilan karya seni tempatan yang bermutu tinggi dan memartabatkan khazanah asli negara.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024