Membina Kesejahteraan Negara

7.1 - Perpaduan dan Integrasi Nasional

Maksud Perpaduan dan Integrasi Nasional

  • Perpaduan dan integrasi adalha dua konsep yang saling berkait rapat melalui dia proses yang berbeza.
  • Kedua-dua konsel ini berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.
  • Perpaduan Kaum
    • Keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu.
    • Mereka memberi komitmen penuh kepada identity kebangsaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
  • Integrasi Nasional
    • Proses dinamik yang merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa.
    • Mereka mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Latar Belakang Hubungan Kaum

  • Pentadbiran British menyebabkan kaum di negara kita terpisah dari segi kegiatan ekonomi dan petempatan.
  • Ini menyebabkan setiap kaum sukar memahami adat dan budaya kaum lain.
  • Pelbagai usaha yng dilakukan untuk mewujudkan perpaduan kaum.
  • Antara faktor perpaduan kaum – Kesan daripada dasar British dalam pentadbiran, kegiatan ekonomi dan petempatan, sistem pendidikan serta fahaman politik.
  • Pentadbiran
    • 1875 – Sistem Residen diperkenalkan.
    • Dasar British mengutamakan sistem ekonomi.
    • Membawa masuk pekerja luar untuk sector perlombongan, peerladangan dan perniagaan.
    • Kaum bumiputera – Tertumpu di kawasan luar bandar dan menjalankan kegiatan ekonomi tradisional.
    • Menyebabkan kereganggan kaum berterusan sehingga selepas kemerdekaan dan menyebabkan 13 Mei 1969.
  • Kegiatan Ekonomi dan Petempatan
    • British memberi tumpuan kepada perlombingan bijih timah dan perladangan getah.
    • Kegiatan ekonomi berbeza menyebabkan pemisahan dari segi petempatan.
    • Setiap kaum kurang berinteraksi antara satu sama lain dan mewujudkan jurang ekonomi yang tidak seimbang.
  • Sistem Pendidikan
    • Dasar pentadbiran British – Muncul sistem oendudukan vernacular Melayu, Cina, India dan Inggeris di negara kita.
    • Sistem pendidikan venakular diteruskan selepas kemerdekaan.
    • Sistem ini mewujudkan perbezaan pemikiran dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
  • Fahaman Politik
    • Fahaman politik – Berasaskan kaum bermula dengan penubuhan parti politik sebelum merdeka hingga kini.
    • Parti politik memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.
    • Isu yang diperjuangkan – Bahasa, budaya, pendidikan dan ekonomi.
    • Mempengaruhi hubungan antara kaum di negara ini.

Memperkasakan Perpaduan dan Integrasi Nasional

Selepas mencapai kemerdekaanm pelbagai usaha untuk memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional dilaksanakan merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial.

Politik

  • Jabatan Perpaduan Negara (Bawah kuasa MAGERAN) – Mendraf satu ideology untuk negara iaitu Rukun Negara.
  • Majlis Muhibah Negara (18 Julai 1969) – Menggalakkan perkembangan perasaan muhibah antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
  • Majlis Perundingan Negara (29 Januari 1970) – Mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional antara wilayah dan memupuk identity kebangsaan dalam kalangan rakyat.
  • Gabungan parti politik pelbagai kaum – Menwujudkan keharmonian dan kestabila politik selepas 13 Mei 1969.
  • Menyelaras perkhidmatan awam antara semua negeri – Menwujudkan integrase anara negeri.

Ekonomi

  • Rancangan Lima Tahun Malaysia – Menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi semua kaum.
  • Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) – Kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.
  • Rancangan pembangunan tanah – Menambah pendapatan rakyat dan membasmi kemiskinan bagi membangunkan masyarakaat luar bandar dan wilayah.
  • Zon Perindustrian Bebas (Bayan Lepas, Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang) – Memajukan bidang perindustrian dan perdagangan.
  • Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan – Mempercepatkan proses integrasi.
  • Pembangunan ekonomi wilayah – Mengintegrasi ekonomi. Membuka peluang kepada semua kaum bersaing dalam ekonomi secara adil.

Sosial

  • Dasar Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan 1996) – Mengukuhkan perpaduan kaum dan integrasi nasional.
  • Laporan Rahman Talib, Laporan jawatankuasa Kabinet dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Mengukuhkan sistem pendidikan dan melahirkan rakyat yang patriotic dan mempunyai semangat cinta akan negara.
  • Akta Bahasa Kebangsaan – Memperkasakan Bahasa Melayu
    • Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Pusat ilmu
    • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – Menyebar luas penggunaan Bahasa kebangsaan.
    • Melahirkan masyarakat yang mempunyai identiti bahasa yang sama.
  • Pengamalan satu kebudayaan kebangsaan – Membentuk identitik bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  • Penglibatan dalam sukan – Medium mewujudkan semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
  • Rukun Negara – Tunjang kesetiasaan rakyat berbilang kaum terhadap bangsa dan negara.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024