Kebangkitan Nasionalisme

2.8 - Kesan Perkembangan Nasionalisme

Politik

  • Penambahan orang Melayu dan Malayan Civil Service (MCS) hasil daripada gesaan kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran British
  • Dasar desentralisasi telah mengambalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri yang tercabar disebabkan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Hasilnya, orang Melayu mula berani bersuara dan persatuan peringkat negeri tertubuh
  • Kelab bacaan dan drama ditubuhkan hasil daripada nasionalisme di China. Sekolah juga telah banyak terbina dan bahasa Mandarin digunakan untuk menggantikan dialek lain
  • Sekitar 1930-1950, ramai masyarakat India telah lahir di Tanah Melayu dan dikenali sebagai “the Strait Born”. Mereka lebih mementingkan perpaduan dan mula melihat perkembangan politik di Tanah Melayu
  • Kesan daripada nasionalisme, British mula berwaspada dan apabila gerakan nasionalisme dikesan, tokoh seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam ditangkap dan dipenjarakan di Singapura. Mereka telah dibebaskan oleh Jepun pada 1942.

Ekonomi

  • Kaum Muda menggesa orang Melayu untuk memajukan diri dalam pendidikan dan ekonomi. Ini membawa kepada pertubuhan persatuan kebajikan Al-Jamiah Al-Khairiah di Singapura yang berjaya membangkitkan semangat berniaga.
  • Hasil daripada penekanan British terhadap sistem pendidikan pada tahap rendah telah menyukarkan usaha untuk meningkatkan taraf hidup. Za’ba, tokoh nasionalis sering membangkitkan isu tersebut dan menyedarkan para guru tentang kepentingan pendidikan tinggi dan kurikulum bahasa Inggeris.
  • Akhbar bahasa Inggeris seperti The Malay Mail dan The Malaya Tribune telah mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat sokongan dari Persekutuan guru-guru melayu Selangor dan persatuan negeri

Sosial

  • Tuntutan untuk mendapatkan pendidikan telah mewujudkan kesedaran kepada masyarakat untuk belajar di madrasah dan sekolah Melayu. Kesedaran ini membawa kepada penulisan dan mereka penghasilan majalah sendiri
  • Lepasan SITC telah meningkat dan ramai daripada mereka terutama sekali wanita berkhidmat sebagai guru untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat. Guru wanita iaitu Ibu Zain telah menerbitkan majalah Bulan Melayu yang menulis berita tentang kemajuan pendidikan wanita. Beliau juga mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita
  • Masyarakat India dan Ceylon telah menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka. Sebagai contoh E.E.C Thurainsingam, Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association yang membantu meningkatkan perusahaan getah
  • Masyarakat Cina meminta penimbangan kerajaan British untuk terlibat dalam jawatankuasa kerajaan. Tan Cheng Lock, anggota Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (SSLC) menuntut penyediaan dana untuk belajar dan kebajikan masyarakat Cina terjaga.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024