Kebangkitan Nasionalisme

2.4 - Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Filipina

  • Kemunculan nasionalisme di Filipina untuk menghapuskan penjajah asing
  • Antara tokoh nasionalis ialah:
    • Jose Rizal
      • Memimpin gerakan nasionalis pertama yang berbentuk propaganda
      • Menuntut hak sama rata dan Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol
      • Menubuhkan Liga Filipina untuk memaksa kerajaan Sepanyol mengubah politik, ekonomi dan sosial di Filipina
    • Andres Bonifacio dan Emilio Aguinaldo
      • Menubuhkan Katipunan untuk menuntut kemerdekaan secara revolusi
      • Idea revolusi disebarkan melalui akhbar Kalayan
      • Revolusi Filipina telah dilancarkan untuk mengusir Sepanyol, namun gagal
      • Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol
  • Namun, pengisytiharan kemerdekaan oleh Aguinaldo tidak diiktiraf Amerika Syarikat dan diletakkan di bawah penguasaan mereka
  • Golongan nasionalis mengubah strategi perjuangan ke parti politik sederhana dan berjaya melantik Sergio Osmena dari Parti Nasionalis dalam Dewan Perhimpunan Filipina

Burma (Myanmar)

  • Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan golongan petani untuk menentang imperialis British
  • Nasionalisme digerakkan oleh golongan berpendidikan berikutan ancaman kedudukan agama Buddha
  • Persatuan Belia Buddha ditubuhkan untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan budaya dan isu kasut digunakan untuk membangkitkan nasionalisme
  • Pemimpin yang lebih radikal, U Ba Pe, telah mengambil alih persatuan dan mengubah nama ke Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma yang memperjuangkan hal berkaitan bangsa Burma
  • 1920, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
  • Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi. Dengan pimpinan Saya San, pemberontakan Saya San telah tercetus dan mendapat sokongan golongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai
  • Perlembagaan Burma 1935 yang memisahkan Burma dengan India telah mencetuskan perkembangan nasionalisme kedua
  • Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) untuk menuntut kemerdekaan Burma
  • Pemimpin parti: Aung San,Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri mereka “Thakin” iaitu tuan dan menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma
  • Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri setelah memenangi pilihan raya pada tahun 1937

Vietnam

  • Bermula apabila Perancis mengubah sosiopolitik dan sosioekonomi Vietnam
  • Diketuai oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan mandarin yang memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
  • Golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis
  • Akhbar seperti Tribune Indige dan Cloche Felee digunakan untuk mengkritik kekejaman Perancis dan untuk menuntut hak rakyat Vietnam
  • Gerakan nasionalisme bercorak revolusi yang terbahagi kepada dua revolusi iaitu:
    • Nasionalisme
      • Parti Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)/Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc
        • Perjuangan berpandukan demokrasi nasionalisme dan sosialisme
        • 1930, pemberontakan dilancarkan bagi menghalau Perancis dan menubuhkan kerajaan republik Vietnam. Namun pemimpinnya telah ditangkap.
    • Komunisme
      • Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
        • September 1945, isytihar kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi
        • Ho Chi Minh menjadi presiden di Vietnam Utara manakala Vietnam Selatan masih berada di bawah penguasaan Perancis dan Amerika Syarikat

Indonesia

  • Nasionalisme di Indonesia memperjuangkan pendidikan untuk mengubah nasib rakyat
  • Raden Adjeng Kartini menjuangkan pendidikan untuk kaum wanita. Karya beliau Hilang Gelap Terbitlah Terang (1911) telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dengan judul Letters of a Javanese Princess telah mendedahkan dasar diskriminasi Belanda
  • Banyak parti dan penubuhan tertubuh seperti:
    • Muhammadiyah
    • Sarekat Islam (SI)
    • Parti Komunis Indonesia (PKI)
    • Parti Nasionalis Indonesia (PNI)
  • 1928, Kongres Pemuda Indonesia telah mencipta ikrar “Sumpah Pemuda” yang berasaskan satu tanah air, satu bangsa dan satu bahasa
  • Soekarno telah mengetuai pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI) yang terdiri daripada gabungan parti politik Indonesia

Thailand

  • Gerakan nasionalisme di Thailand bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan dan menuntut penglibatan rakyat dalam pentadbiran
  • Raja Thailand, Raja Mongkut mengetuai nasionalisme dan menjalinkan hubungan baik dengan kuasa Barat sebagai langkah pemodenan
  • Beliau membawa masuk orang Barat untuk melatih pegawai dalam pentadbiran dan melaksanakan sistem pentadbiran Barat bagi membentuk imej negara dan bebas dari penjajah Barat
  • Nasionalisme muncul semasa era pemerintahan Raja Vajiravudh yang membiarkan kerabat diraja pelopori politik
  • Revolusi Thai dilancarkan oleh Nai Pridi Phanonmyong dan Field Marshal Phibulsongkram dari Parti Rakyat bagi menamatkan konsep raja berkuasa mutlak
  • Seterusnya, pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan dimana, raja berada di kedudukan tertinggi tetapi tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran
  • Perdana Menteri, Phibulsongkram telah menguatkuasakan undang-undang yang menyekat penguasaan ekonomi orang Cina dan menggalakkan rakyat tempatan berniaga
  • Semasa perang dunia kedua, Thailand bekerjasama dengan Jepun supaya tidak dijajah, hasilnya Thailand memperoleh wilayah di Indochina dan utara Tanah Melayu

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024