Kebangkitan Nasionalisme

2.3 - Perkembangan Nasionalisme di Asia

Nasionalisme di Asia tercetus daripada penjajahan dan kedatangan kuasa Eropah

Nasionalisme di India

  • Kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India 1857
  • Nasionalisme awal bercorak gerakan, memberi perhatian terhadap isu sosioagama
  • Gerakan nasionalisme lebih tersusun apabila wujudnya golongan intelektual hasil daripada perkembangan pendidikan Barat
  • Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress (INC) ditubuhkan untuk menyuarakan pendapat (1885) dan Liga Musim (1906)
  • Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal ketua nasional radikal yang muncul gerakan bersifat keras dan penggerak semangat penentangan secara militan British
  • Mahatma Gandhi yang menjadikan satyagraha pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di India disebabkan INC lihat dasar tidak bekerjasama dgn British
  • INC dan Liga Muslim membentuk jawatan kuasa khas, merangka pembahagian India iaitu India dan Pakistan
  • Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan, Pakistan merdeka pada 14 Ogos 1947
  • India merdeka pada 15 Ogos 1947, Jawaharlal Nehru adalah Perdana Menteri India pertama

Nasionalisme di China

  • Gerakan nasionalisme bercorak anti-Barat
  • Untuk melindungi ekonomi, politik dan mengukuhkan peradaban China dari penguasaan kuasa asing
  • Dinasti Manchu telah mengecewakan rakyat dengan kelemahan pemerintahan dan gagal menyekat kemaraan pengaruh Barat. Akibatnya, Dinasti Manchu telah kehilangan mandat dan dianggap orang luar
  • Dr. Sun Yat Sen, tokoh gerakan kebangkitan rakyat telah mengemukan tiga prinsip ideologi perjuangan; nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial
  • Berpandukan prinsip tersebut, gerakan Revolusi China telah berjaya menumbangkan Dinasti Manchu dan membawa kepada kemunculan Republik China

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

  • Kesedaran mempertahankan sistem pemerintahan islam dan agama islam yang diancam imperialisme Barat
  • Tercetusnya gerakan Pan-Islamisme dan gerakan islah
  • Gerakan islah
    • Gerakan islah ialah gerakan pemulihan Islam. Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh sebagai pengasas
    • Imperialime Barat di Mesir menyebabkan berlakunya pertembungan budaya Eropah- Amerika dengan budaya tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan tempatan
    • Al-Quran dan Hadis sebagai panduan dan pegangan ajaran Islam yang sebenar untuk melepaskan diri dari jajahan serta perbaiki kehidupan masyarakat
  • Gerakan Pan-Islamisme
    • Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan al-Urwah al-Wuthqa (ikatan yang kuat)
    • Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan
    • Menerbitkan akhbar al Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme untuk seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia dan bangkit menghalang peluasan kuasa Barat
    • Khalifah Abdul Hamid II merupakan pemerintah empayar Uthmaniah yang menggerakkan idea Pan-Islamisme, mendapat sokongan umat Islam seluruh dunia serta Tanah Melayu. Contohnya, Tok Janggut menentang British di Kelantan (1915)

Nasionalisme di Jepun

  • Digerakkan oleh Maharaja Mikado Meiji yang mahukan kemajuan untuk elak ancaman imperialisme Barat
  • Gerakan pemulihan Jepun telah dilancarkan dan keutamaan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati Barat
  • Semasa era Pemulihan Meiji, pembinaan nasionalisme dalam kalangan rakyat berpandukan prinsip dan semangat bushido
  • Hasil daripada pemulihan itu, Jepun telah muncul sebagai negara perindustrian dan hasil daripada kuasa tentera yang sangat kuat, Jepun telah menjadi kuasa imperialisme di Asia

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024