Kebangkitan Nasionalisme

2.6 - Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

Peranan Agama

  • Pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah perjuangan gerakan Islah di Mesir pimpinan Sayyid Jamal Al-Din Al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida
  • Gerakan Islah menyeru umat Islam untuk berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis

Penulisan Kreatif

  • Kisah penderitaan rakyat semasa dijajah telah dicoretkan melalui novel, cerpen dan puisi dan telah memberi impak serta meniupkan semangat kepada rakyat
  • Contoh karya; novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid dan cerpen Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai

Media Cetak

  • Berperanan sebagai penyalur maklumat dan penyebar berita
  • Akhbar Jawi Peranakan telah menegur campur tangan British dalam soal agama Islam dan isu bahasa melayu
  • Akhbar Sekola Melayu digunakan sebagai bahan bacaan di sekolah
  • Majalah Al-Imam, Neracha dan Pengasuh berisi idea pembaharuan
  • Akhbar Fajar Sarawak mengkritik dasar pemerintahan Brooke yang mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak

Sistem Pendidikan

  • Penubuhan madrasah hasil daripada pendidikan moden Islam telah menaikkan semangat pelajar
    • Madrasah al-Attas di Johor Bahru (1914)
    • Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang (1916)
    • Madrasah al-Idrisiyah di Kuala Kangsar (1926)
  • Institusi tersebut menerima idea nasionalisme daripada kunjungan para ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat dan palajar yang pulang dari Mesir
  • Ramai pemimpin dilahirkan dari institusi seperti Raffles Institution di Singapura, Maktab Melayu Kuala Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris atau Sultan Idris Training College (SITC)
  • Pelajar telah didedahkan dengan idea tokoh falsafah Islam dan Barat

Kemunculan golongan Intelektual

  • Golongan intelektual lahir hasil daripada perkembangan sistem pendidikan
  • Golongan intelektual lepasan Timur Tengah seperti Syed Sheikh al-Hadi telah menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat
  • Intektual lepasan pendidikan Inggeris dan Melayu seperti Abdul Kadir Adabi, Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah, Ustaz Abu Bakar Mohd Said dan Ibrahim Haji Yaakob telah menggunakan akhbar dan menubuhkan persatuan untuk menyebarkan nasionalisme

Pengaruh Luar dan Serantau

  • Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniah menyedarkan umat Islam
  • Pengaruh Gerakan Islah di Mesir menggesa pembaharuan yang progresif
  • Jepun muncul sebagai kuasa besar dunia yang menewaskan Rusia membuka mata masyarakat untuk memperjuangkan nasib mereka
  • Gerakan Revolusi China pimpinan Dr. Sun Yat Sen yang menewaskan kerajaan Manchuria dan tubuhkan Republik China
  • Idea perjuangan Mahatma Ghandi di India menentang tanpa kekerasan
  • Perjuangan Jose Rizal di Filipina dan Soekarno di Indonesia meniup semangat rakyat tempatan untuk menentang penjajah

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024