Kebangkitan Nasionalisme

2.7 - Perkembangan Nasionalisme

Perjuangan Golongan Intelektual

Intelektual Berpendidikan Agama

  • Tokoh seperti Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd Tahar digelar Kaum Muda. Disebabkan minat terhadap gerakan Islah semasa menuntut di Timur Tengah
  • Beliau memberi idea melalui gerakan Islah dan menjadikan agama Islam sebagai asas kemajuan Dunia dan Akhirat. Penubuhan madrasah menyebarkan fahaman Islah
  • Kesedaran tentang kepentingan pendidikan menyebabkan lebih banyak madrasah dibuka dan mendapat kesan yang positif kepada masyarakat. Madrasah al-Attas di Johor Bahru, Johor, Madrasah al-Khairiah al-Islamiyah di Pokok Sena, Kedah dan Maahad al-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak
  • Pelajar menunjukkan perkembangan dan pemodenan dari segi sikap dan pentafsiran terhadap Islam. Wanita juga dapat peluang untuk belajar di madrasah
  • Pembentukan ini membuatkan mereka berusaha untuk menyatukan masyarakat Melayu dan memajukan Islam menerusi pentafsiran baru seperti yang dibawa oleh reformis Mesir
  • Al-Imam, Al-Ikhwan, Neracha, dan Tunas Melayu merupakan akhbar dan majalah yang membangkitkan semangat nasionalisme

Intelektual Berpendidikan Inggeris

  • Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) nadi pengembangan nasionalisme dan telah melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris
  • Pertubuhan awal adalah untuk melatih anak bangsawan bagi diserapkan dalam pentadbiran British, namun, mereka menggunakan kedudukan mereka bagi menuntut hak pendidikan bagi orang Melayu
  • Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Mohammad Eunos Abdullah dan Raja Uda Raja Muhammad menuntut British untuk menaik taraf hidup dan buka lebih banyak peluang pekerjaan dalam jabatan kerajaan untuk orang Melayu
  • Idea dan tuntutan mereka kepada British disalurkan melalui akhbar seperti Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Utusan Melayu

Intelektual Berpendidikan Melayu

  • Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) ditubuhkan tahun 1922
  • O.T. Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan dan Harun Aminurrashid adalah berperanan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan lahirkan ramai tokoh penulis yang mahir dan nasionalis
  • Pejabat Karang Mengarang dan Ketua Penterjemahnya Za’Ba. Menghasilkan buku yang berkualiti dan peranannya untuk mengasah bakat pelajar untuk membangkitkan semangat kebangsaan
  • Buyong Adil dan Abdul Hadi Haasan antara tokoh nasionalis yang wujud dalam kemajuan karya pejabat ini
  • Kemudian, bahan bacaan dari Timur Tengah dan Indonesia masuk ke SITC secara tak langsung menjadikan SITC sebuah taman ilmu yang menunjukkan pembaharuan negara luar
  • Kurikulum SITC mengutamakan mata pelajaran Sejarah dan menceritakan keagungan empayar Melayu di Alam Melayu membangkitkan kesedaran
  • Anyaman dan kesihatan juga dianggap penting dalam kurikulum SITC
  • Tahun 1929, Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo diwujudkan yang melahirkan persatuan radikal, iaitu Kesatuan Melayu Muda

Perjuangan Melalui Penulisan

Akhbar dan Majalah

  • Untuk mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa, polemik Kaum Muda dengan Kaum Tua serta isu pentadbiran, ekonomi dan sosial
  • Intelektual yang berpendidikan Melayu dan Inggeris dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu
  • Mohammad Eunos Abdullah menerajui akhbar Utusan Melayu, Lembaga Melayu. Serta, Warta Malaya, Warta Jenaka, Fajar Sarawak, Majlis, Majalah Guru
  • Akhbar berbahasa Inggeris seperti The Malay Mail dan The Malaya Tribune turut memuatkan perkembangan sosiopolitik dan ekonomi di negara kita
  • Sarawak - Fajar Sarawak membawa mesej kesedaran kepada kaum yang dijajah dengan seruan "fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku" menggesa masyarakat bangkit menuju kemajuan
  • Sabah - isu pendidikan, tanah bumiputera dan kewangan petani disuarakan oleh Ketua-ketua Anak Negeri dalam mesyuarat dan melalui aktiviti persatuan sosiobudaya

Akhbar Masyarakat Cina dan India

  • Bagi memupuk pemikiran masyarakat Huachiao untuk kekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita dan mewujudkan perasaan cintakan negara China
  • Penulisan akhbar lebih kepada negara asal mereka. Antara akhbarnya ialah Lat Pau dan Modern Daily News
  • Kemudian, akhbar Nanyang Tsung Hui Pao dan Chong Shin Yit Pao memuatkan soal pemerintahan monarki dan pergolakan politik di China. Seterusnya, tahun 1929, penulisan lebih bersifat antiimperialisme
  • Akhbar Nanyang Siang Pao di Pulau Pinang mula memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi bagi masyarakat kelas bawahan
  • Seterusnya, masyarakat India pula, menerbitkan akhbar yang memperjuangkan kepentingan sosial dan politik masyarakat India negara ini. Antaranya Tamil Nesu dan Tamil Murasu
  • The Indian dan Indian Pioneer memuatkan pemikiran dan kepentingan perpaduan untuk masyarakat kelas menengah India di negara ini
  • Tamil Nesan juga melaporkan perkembangan di India dan kepentingan sosiopolitik

Karya kreatif

  • Kemunculan novel berjaya memupuk nasionalisme dalam kalangan masyarakat negara kerana bertemakan semangat cinta akan negara dan perjuangan membela nasib rakyat
  • Novel Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek mengajak masyarakat bebaskan diri dari sudut ekonomi
  • “Angan-angan dengan Gurindam” oleh Omar Musaffa, “Sedarlah” oleh Mahmud Ahmadi, “Semenanjung” oleh Harun Aminurrashid dan “Serunai Pujangga” oleh Abdul Samad Ahmad adalah puisi bertemakan cintakan negara
  • Cerpen banyak bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cintakan tanah air. Seperti, "Rumah Besar Tiang Sebatang", Abdul Rahim Kajai. "Cerita Awang Putat" dan Shamsuddin Salleh "Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang"

Perjuangan Melalui Persatuan

Kesatuan Melayu Singapura

  • KMS menggalakkan ahlinya bergiat dalam pentadbiran memperjuangkan kepentingan dan pendidikan orang Melayu serta mementingkan pelajaran teknik dari pengajian tinggi
  • Kejayaan KMS telah mendorong kepada pembukaan persatuan negeril ain seperti Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Negeri Sembilan yang dianggotai oleh kakitangan kerajaan
  • Mereka meminta supaya lebih banyak peluang diberikan kepada Orang Melayu dalam pentadbiran

Persaudaraan Sahabat Pena

  • Ditubuhkan supaya ahlinya bersatu dan bertukar-tukar pendapat
  • Menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan bagi menghimpunkan wakil persatuan Melayu dari Brunei, Labuan dan Sarawak untuk mengutarakan isu kebangsaan
  • Muhammad Rakawi Yusuf, pengasas PASPAM cawangan Kuching, berhubungan baik dengan ahli KMS. Beliau dan Johari Anang turut mengasaskan Persatuan Melayu Sarawak (PMS)
  • Kebanyakan tokoh bumiputera Sabah bergiat aktif dalam organisasi berbentuk penulisan yang telah membangkitkan kesedaran tentang pentadbiran di Sabah
  • Penubuhan cawangan PASPAM di Jesselton (Kota Kinabalu),Tawau dan Labuan meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan ahlinya
  • Kebanyakan ahli PASPAM di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu. Pegawai rendah kerajaan dan peniaga. Antaranya Mohammad Yaakob, Mohammad Shamsudin Osman dan Zakaria Gunn

Kesatuan Melayu Muda

  • Ditubuhkan hasil daripada gagasan Ibrahim Haji Yaakob pada bulan Mei 1937
  • Berjuang melalui akhbar Majlis dan berhasrat untuk menentang British dengan mewujudkan satu gagasan yang dinamakan Melayu Raya melalui gabungan Tanah Melayu dan Indonesia
  • Menyeru orang Melayu untuk "bangun sebagai satu bangsa yang mempunyai tamadun dan kesopanan di tanah airnya"
  • Dianggap radikal oleh British sebab berani menyuarakan penentangan terhadap kerajaan kolonial dan membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan dalam akhbar dan majalah

Persatuan masyarakat Cina dan India

Masyarakat Cina

  • Pemimpin revolusi China iaitu Dr. Sun Yat Sen menjalinkan hubungan dengan pemimpin cina di Tanah Melayu dengan melawat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebanyak 4 kali. Seterusnya mendapat sokongan menentang kerajaan Manchuria di China
  • Sebahagian masyarakat Cina yang dilahirkan di Negeri- Negeri Selat atau Cina Peranakan prihatin terhadap kebajikan dan perkembangan politik tempatan. Ada juga yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim
  • Mereka menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) di Negeri-negeri Selat yang menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal dalam kalangan masyarakat Cina
  • Tan Cheng Lock telah menghidupkan cawangan SCBA di Melaka dan menuntut peluang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan

Masyarakat India

  • Pertubuhan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu. Seperti, Persatuan India Taiping dan Persatuan India Pulau Pinang
  • Persidangan India Se-Malaya diadakan di seluruh negeri bertujuan untuk membincangkan isu berkaitan masyarakat India
  • Kemudian, Malayan Indian Association (MIA) ditubuhkan oleh G.V.Thander untuk golongan India yang ada di Tanah Melayu
  • Pada Oktober 1936, Central India Association of Malaya (CIAM) ditubuhkan oleh Dr. A.M. Soosay yang menggabungkan l2 persatuan India dan 4 dewan perniagaan

Masyarakat Sikh

  • Kebanyakan masyarakat Sikh, ialah pasukan keselamatan, jadi mereka menjadikan berek polis atau kuarters kerajaan serta gurdwara sebagai tempat aktiviti sosial dan keagamaan
  • Gurdwara adalah tempat penting untuk mengembangkan kesedaran politik anti- British. Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping, Perak dan menjadi persatuan berpengaruh untuk menjaga kepentingan masyarakat Sikh
  • Masyarakat India-Muslim ramai terlibat dengan kegiatan perniagaan dan pentadbiran. Contohnya. Sir Hussein Hasanal Abdoolcader yang merupakan ahli dalam Majlis
  • Perundangan Negeri-negeri Selat atau Straits Settlement Legislative Council (SSLC)

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024