Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan
Apabila darah sampai ke hujung arteriol kapilari, tekanan darah yang lebih tinggi memaksa plasma darah meresap ke dalam ruang antara sel. Bendalir ini dikenali sebagai bendalir tisu.
Rajah 17 - Tekanan darah yang lebih tinggi di hujung arteriol akan memaksa plasma darah ke dalam ruang antara sel. Bendalir tisu tidak mengandungi sebarang sel darah merah, platlet dan protein plasma kerana molekul ini terlalu besar untuk meresap melaluinya. Bendalir tisu membolehkan pertukaran nutrien dan bahan hasil buangan antara darah dan sel badan.
Sebanyak 85% bendalir yang meninggalkan hujung arteriol meresap semula ke dalam hujung venul kerana tekanan darah yang lebih rendah. Baki 15% bendalir tersebut terus kekal di dalam ruang antara sel. Namun begitu, bendalir tisu ini perlu dikembalikan ke dalam sistem peredaran untuk mengekalkan isi padu darah yang normal. Bendalir tersebut akan Kembali melalui sistem limfa. Sistem limfa terdiri daripada jaringan kapilari limfa, salur limfa besar dan nodus limfa. Apabila bendalir memasuki kapilari limfa, bendalir ini dikenali sebagai limfa. Dari salur limfa, limfa ini akhirnya bercantum dengan duktus toraks atau duktus limfa kanan.
Rajah 18 - Sistem limfa terdiri daripada kapilari limfa, salur limfa, nodus limfa, timus dan limpa.
Sistem limfa tidak mempunyai sebarang pam untuk menggerakkan limfa melalui salur limfa. Pengaliran limfa ke vena subklavikel dibantu oleh:
Duktus toraks mengalirkan limfa ke dalam vena subklavikel kiri manakala duktus limfa kanan mengalirkan limfa ke dalam vena subklavikel kanan.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!