Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan

10.2 - Sistem Peredaran Manusia

Terdapat 3 komponen utama dalam sistem peredaran manusia.

  • Darah merupakan satu jenis tisu penghubung yang terdiri daripada plasma, sel darah dan platlet. Darah ialah medium pengangkutan.
  • Jantung ialah pam berotot yang mengedarkan darah ke seluruh badan.
  • Salur darah membawa darah ke seluruh tisu badan. Salur darah terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.

Struktur Jantung

Jantung ialah organ berotot berbentuk kerucut sebesar kepalan tangan. Jantung mempunyai 4 ruang iaitu atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan. Sebelah kiri dan kanan jantung dipisahkan oleh dinding berotot dipanggil septum. Dinding atrium yang nipis berfungsi sebagai ruang pengumpulan darah manakala ventrikel bertanggungjawab mengepam darah dari jantung.

Ventrikel kiri mempunyai dinding yang lebih tebal berbanding dengan ventrikel kanan kerana sebelah kiri ventrikel perlu menjana tekanan yang lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Sementara itu, ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu.

Bahagian Jantung

Bahagian jantung dan Fungsi

  • Aorta: Arteri utama yang mengangkut darah beroksigen ke seluruh bahagian badan lain.
  • Vena kava: Vena utama yang mengangkut darah terdeoksigen Kembali ke jantung.
  • Arteri pulmonari: Mengangkut darah terdeoksigen ke peparu.
  • Vena pulmonari: Mengangkut darah beroksigen dari peparu ke jantung.
  • Injap sabit: Menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam ventrikel apabila ventrikel mengendur.
  • Injap trikuspid: Menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam atrium kanan apabila ventrikel kanan mengecut.
  • Injap bikuspid: Menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam atrium kiri apabila ventrikel kiri mengecut.

Rajah 6

Rajah 6 - Komponen utama dalam darah manusia. Plasma membentuk 55% daripada isi padu darah, eritrosit membentuk 45% dan leukosit dan platlet hanya kurang 1% daripada isi padu darah.

Komposisi Darah Manusia

Darah ialah medium pengangkutan dalam manusia. Komponen sel dalam darah terdiri daripada sel darah merah (eritrosit), sel darah putih (leukosit) dan platlet. 55% daripada isi padu darah ialah plasma, manakala 45% yang lain merupakan komponen sel.

Fungsi-fungsi utama komposisi plasma boleh dilihat di jadual bawah.

Komponen dan Fungsi utama

  • Air (90% plasma): Sebagai pelarut untuk mengangkut bahan terlarut.
  • Protein plasma: Albumin, Fibrinogen, Globulin
    • Mengekalkan keseimbangan osmotik darah.
    • Sebagai faktor pembekuan darah untuk menghentikan pendarahan.
    • Antibodi yang membantu dalam pertahanan badan.
  • Hormon: Mengawal aktiviti fisiologi badan
  • Bahan terlarut (nutrien, bahan buangan dan gas respirasi)
    • Nutrien penting untuk penghasilan tenaga, pertumbuhan dan pengekalan kesihatan
    • Oksigen diperlukan untuk respirasi sel

Eritrosit

Eritrosit

Platlet

Platlet

  • Terhasil daripada serpihan daripada sel besar yang dihasilkan daripada sumsum tulang.
  • Tiada nukleus.
  • Tempoh hayat kurang daripada 7 hari.
  • Peranan penting dalam pembekuan darah.

Leukosit

  • Tidak berwarna, bentuk tidak tetap.
  • Ada nukleus dan mitokondrion.
  • Dihasilkan dalam sumsum tulang.
  • Fungsi umum adalah melawan infeksi.
  • Boleh dikategorikan kepada granulosit dan agranulosit.

Granulosit (mempunyai granul dalam sitoplasma sel dengan nukleus bercuping)

  • Neutrofil
  • Basofil
  • Eosinofil

Agranulosit (sitoplasma tidak bergranul, nukleus tidak bercuping)

  • Limfosit
  • Monosit

Rajah 7

Rajah 7 - Neutrofil menelan dan menguraikan bakteria dan sel mati melalui fagositosis. Nukleus terdiri daripada 2 hingga 5 cuping.

Rajah 8

Rajah 8 - Basofil terlibat dalam memerangi reaksi keradangan dan alahan. Basofil merembes heparin untuk menghalang pembekuan darah. Bilangan basofil adalah paling rendah dalam darah.

Rajah 9

Rajah 9 - Eosinofil membebaskan enzim semasa keradangan dan tindak balas alergi. Eosinofil juga membunuh cacing parasite. Nukleus terdiri daripada 2 cuping.

Rajah 10

Rajah 10 - Limfosit menghasilkan antibodi semasa tindak balas imun. Limfosit juga membebaskan antitoksin untuk memerangi toksin. Nukleus sangat besar, menduduki sebahagian besar sitoplasma.

Rajah 11

Rajah 11 - Monosit menelan dan menguraikan bakteria dan sel bakteria melalui fagositosis. Nukleus berbentuk hampir bulat.

Salur Darah Manusia

Terdapat 3 jenis salur darah dalam manusia iaitu arteri, vena dan kapilari.

Salur Darah Manusia

Arteri

  • Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung.
  • Mengangkut darah pada tekanan tinggi ke semua sel badan.
  • Tekanan tinggi dalam arteri adalah disebabkan oleh darah yang dipam dari jantung.
  • Bercabang menjadi salur kecil dipanggil arteriol. Arteriol bercabang lagi menjadi jaringan kapilari yang sampai ke tisu badan.

Aorta

  • Arteri utama yang meninggalkan jantung.
  • Dinding tebal dan kenyal untuk menahan darah bertekanan tinggi yang mengalir melaluinya.

Kapilari

  • Dinding nipis (setebal satu sel)
  • Membolehkan pertukaran gas respirasi antara darah dengan sel badan melalui resapan.
  • Pertukaran nutrien, bahan hasil buangan dan hormon antara darah dengan bendalir tisu.

Vena

  • Kapilari bercantum semula menjadi salur yang lebih besar iaitu venul.
  • Venul-venul bercantum menjadi vena.
  • Vena kava merupakan vena utama yang membawa darah terdeoksigen ke jantung untuk dipam ke peparu.

Ciri-ciri Arteri, Kapilari dan Vena

  • Arteri
    • Dinding: Tebal, berotot, kenyal
    • Lumen: Kecil
    • Injap: Tiada
    • Tekanan darah: Tinggi
    • Arah aliran darah: Dari jantung ke organ lain
  • Kapilari
    • Dinding: Dinding setebal satu sel, tidak berotot dan tidak kenyal
    • Lumen: Paling kecil
    • Injap: Tiada
    • Tekanan darah: Rendah
    • Arah aliran darah: Dari arteri ke vena
  • Vena
    • Dinding: Nipis, berotot dan kurang kenyal
    • Lumen: Besar
    • Injap: Ada
    • Tekanan darah: Sangat rendah
    • Arah aliran darah: Dari seluruh badan ke jantung

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024