Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan

10.5 - Kumpulan Darah Manusia

Kumpulan Darah ABO

Kumpulan darah manusia boleh diklasifikasikan kepada 4 iaitu kumpulan A, B, AB dan O. mengetahui kumpulan darah anda sangat penting apabila pendermann dan penerimaan darah diperlukan. Kumpulan darah yang tidak sesuai akan mengakibatkan pengaglutinan yang boleh membawa maut.

Antigen pada permukaan eritrosit akan menentukan jenis kumpulan darah anda.

  • Kumpulan darah A
    • Antigen pada sel darah merah: Antigen A
    • Antibodi dalam serum darah: Antibodi B
  • Kumpulan darah B
    • Antigen pada sel darah merah: Antigen B
    • Antibodi dalam serum darah: Antibodi A
  • Kumpulan darah AB
    • Antigen pada sel darah merah: Antigen A dan antigen B
    • Antibodi dalam serum darah: Tiada
  • Kumpulan darah O
    • Antigen pada sel darah merah: Tiada
    • Antibodi dalam serum darah: Antibodi A dan antibodi B

Hanya kumpulan darah yang sesuai boleh menderma atau menerima daripada kumpulan darah tertentu.

  • Kumpulan darah A
    • Boleh menderma darah kepada A dan AB sahaja
    • Boleh menerima darah daripada A dan O sahaja
  • Kumpulan darah B
    • Boleh menderma darah kepada B dan AB sahaja
    • Boleh menerima darah daripada B dan O sahaja
  • Kumpulan darah AB
    • Boleh menderma darah kepada AB sahaja
    • Boleh menerima darah daripada semua kumpulan darah
  • Kumpulan darah O
    • Boleh menderma darah kepada semua kumpulan darah
    • Boleh menerima darah daripada O sahaja

Faktor Rhesus

Faktor rhesus , atau faktor Rh merupakan jenis antigen lain (antigen D) yang terdapat pada permukaan sel darah merah. Antigen ini merupakan antigen keturunan, maksudnya jika anda mempunyai antigen ini, anda adalah Rh-positif. Sebaliknya, jika anda tidak mempunyai antigen ini, anda adalah Rh-negatif.

Sekiranya darah Rh-positif tercampur dengan darah Rh-negatif, ini akan menghasilkan antibodi Rhesus atau antibodi anti-D. Keadaan ini boleh membawa maut sekiranya berlaku semasa kehamilan.

Rajah 15

Rajah 15 - Ia menjadi satu masalah apabila seseorang ibu yang merupakan Rh-positif mengandung fetus yang Rh-negatif. Kehadiran antigen D dalam sel darah fetus boleh merangsangkan penghasilan antibodi anti-D dalam darah ibu. Antibodi tersebut boleh meresap ke dalam sistem darah fetus melalui plasenta. Antibodi tersebut boleh memusnahkan eritrosit fetus sebelum atau sejurus kelahiran. Namun begitu, kuantiti antibodi ini tidak cukup untuk memberi kesan kepada bayi tersebut. Antibodi D terusk kekal dalam sistem darah ibu. Apabila ibu mengandung anak kedua yang juga merupakan Rh-negatif, antibodi anti-D akan merentasi plasenta dan memusnahkan eritrosit fetus. Gejala penyakit ini dipanggil erythroblastosis fetalis. Fetus kedua ini boleh mati sekiranya darahnya tidak digantikan dengan darah Rh-negatif. Dalam keadaan yang kurang serius, bayi boleh menghidap anemia dan kecacatan akal. Masalah ini boleh diatasi dengan merawat ibu dengan globulin anti-Rhesus untuk menghalang pembentukan antibodi anti-D.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024