Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan
Darah mesti diedarkan dalam badan pada setiap masa. Apabila jantung mengecut, darah akan dipam ke seluruh badan setiap kali. Jantung terdiri daripada otot kardium yang merupakan otot yang sangar kuat. Sel otot kardium bersambungan antara satu sama lain. Susunan ini membolehkan impuls elektrik disebar melalui jantung dan pada masa yang sama, mendorong sel otot kardium untuk mengecut menghasilkan pergerakan yang terkoordinasi. Otot kardium dikatakan miogenik, iaitu jantung akan mengecut dan mengendur tanpa memerlukan sebarang isyarat impuls daripada sistem saraf.
Pengepaman jantung dan pengecutan otot rangka telah membantu peredaran darah dalam tubuh manusia. Proses pengepaman jantung dikoordinasi oleh perentak jantung yang merupakan satu kumpulan sel otot jantung khusus yang memulakan kadar pengecutan jantung. Perentak jantung utama dikenali sebagai nodus sinoatrium (nodus SA) kerana nodus ini mengekalkan degupan jantung yang tetap. Dari nodus SA, impuls akan disebarkan ke nodus atrioventrikel (nodus AV) yang terletak di bahagian bawah atrium kanan.
Rajah 12 - 1. Nodus SA menjana impuls elektrik. 2. Impuls tersebut merebak pantas ke kedua-dua dinding atrium supaya atrium mengepam secara serentak. Blood dipam ke dalam ventrikel. 3. Impuls elektrik sampai di nodus AV. Impuls merebak melalui berkas His dan gentian Purkinje sehingga sampai ke apeks jantung. 4. Impuls elektrik merebak ke ventrikel dan seterusnya mengepam darah ke seluruh badan.
Bunyi lub-dub jantung dihasilkan kerana penutupan injap dalam jantung.
Bunyi 'Lub'
Bunyi 'Dub'
Pengepaman jantung hanya memberi kekuatan yang mencukupi untuk membekalkan darah melalui arteri, arteriol dan kapilari. Dalam vena, tekanan dari jantung tidak cukup untuk pengaliran darah Kembali ke jantung. Darah dalam vena juga perlu mengalir menentang tarikan gaya graviti. Oleh itu, pengecutan otot rangka mengelilingi vena boleh membantu vena untuk menolak darah Kembali ke jantung.
Rajah 13 - Injap menentukan arah darah mengalir dalam vena. Apabila otot rangka mengecut, injap akan buka untuk membolehkan pengaliran darah ke arah jantung. Injap akan tertutup untuk menghalang pengaliran darah ke belakang.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!