Dasar Luar Malaysia

9.8 - Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

  • Ditubuhkan Pada 25 September 1969 – Bersempena dengan Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi, ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid al-Aqsa oleh puak Zionis.
  • Tindakan Zionis mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang.

Pelibatan Malaysia

  • Pelibatan Malaysia dalam isu masyarakat Islam antarabangsa bermula sejak era Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
  • Tunku Abdul Rahman – Menyuarakan sebuah pertubuhan Islam untuk menjada kepentingan masyarakat Islam di seluruh dunia.
  • April 1969 – Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada Persidangan Islam Antarabangsa.
  • Malaysia pernah menjadi Pengerusi OIC dan membangkitkan perlbagai isu berkaitan dengan masyarakat Islam.

Setiausaha Agung Pertama

  • 1970 hingga 1974 – Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama.
  • Tugas utama – Mengukuhkan OIC dan memastikan masyarakat Islam di seluruh duania mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Pengerusi OIC

  • 2003 – Tun Abdullan Ahmad Badawi dilantik sebagai pengerudia pertubuhan ini.
  • Malaysia berhadapan dengan tohmahan yang sedang melandan masyarakat Islam kerana sering dikaitkan dengan 3K.
  • 3K – Keganasan, kemiskinan dan kemunduran.
  • Malaysia mengetengahkan nilai kesederhanaan dan menolak keganasan.

Pembangunan Pendidikan

  • Malaysia bersama-sama OIC memberikan penekanan kepada pembangunan sosial terutamanya dalam bidang pendidikan melalui pembiayaan pelajaran dan kebajikan.
  • Usaha – Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta memberikan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di universiti ini.

Menangani Isu Politik Negara Islam

  • Malaysia menyuarakan pandangan tentang isu politik yang melanda negara Islam seperti Palestin, Afganistan dan perang Iran-Iraq.
  • Malaysia – Perantara bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC. Berikutan pengumuman gencatan senjata antara Iran-Iraq ada bulan Ogos 1988, sepasukan 15 orang pegawai tentera Malaysia menyertai psukan tentera pemerhati PBB.
  • Malaysia memberikan sokongan kepada perjuangan rajyat Palestin dan Palestine Liberation Organization (PLO). Malaysia menjadi tuan rumah persidangan Keserantauan Asia pada bulan Mei 1983. Negara kita menyokong hak rakyat Palestin menentukan nasib sendiri termasuk hak untuk mempunuai sebuah negara yang merdeka.
  • Malaysia menyokong perjuangan Mujahidin Afganistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh Kesatuan Rusia sejak tahun 1979. Malaysia membenarkan Mujahidin Afganistan membukan pejabat perwakilan di Kuala Lumpun pada tahun 1984.

Pembangunan Ekonomi

  • Malaysia aktif membangunkan ekonomi negara anggota OIC.
  • Malaysia menyokong aktiviti Islamic Development Bank (IsDB) / Bank Pembangunan Islam.
  • 1974 – Malaysia menyertai IsDB dan memperoleh faedah berupa pinjaman daripada bank untuk membiayai projek pembangunan negara.
  • Penubuhan IsDB membawa perkembangan penting dalam sistem perbankan Islam melalui penubuhan bank Islam serata dunia seperti:
    • Dubai Islamic Bank (1975)
    • Islamic Bank of Bahrain (1979)
    • Bank Islam Malaysia Berhad (1983)

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024