Dasar Luar Malaysia

9.6 - Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

Pelibatan Malaysia

  • 1961 – Penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA)
  • ASA – Gabungan pertama yang melibatkan 3 negara di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Filipina dan Thailand.
  • 1963 – MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia) diwujudkan bagi menyelesaikan isu pembentukan Malaysia. MAPHILINDO gagal mencapai matlamat.
  • 8 Ogos 1967 – ASEAN diwujudkan untuk meningkatkan semangat setia kawan dan keserantauan.
  • ASEAN – Dianggotai oleh 5 negara (Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand) pada peringkat awal. Kemudian disertai 5 buah negara baharu (Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam).
  • ASEAN dianggap sebagai kejayaan cemerang terhadap dasar luar Malaysia.

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

  • 1917, di Kuala Lumpur – Deklarasi Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN) / Zon Aman, Bebas dan Berkecuali.
  • Deklarasi ini merupakan subjek penting yang dikemukan oleh Malaysia dalam ASEAN.
  • Malaysia menjalinkan hunbungan dengan China – Sebahagian daripada pengisian konsep ZOPFAN.
  • ASEAN – Merupakan platform bagi Malaysia untuk mengisthiharkan perubahan dasar luar negara pada peringkat serantau dan global. Langkah ini termasuklah mendapatkan pengiktirafan daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China.

Penyelesaian Konflik Serantau

  • Malaysia terlibat aktif dalam mencari penyelesaian dalam konflik politik yang berlaku di Indochina, Vietnam dan Kemboja keran dibimbangi menjejaskan kestabilan rantay Asia Tenggara.
  • Konflik di Vietnam dan Kemboja – Berkaitan dengan ancaman komunis dan pelarian.
  • Isu di Vietnam – Malaysia menyeru kuasa besar tidak campur tangan dalam
  • Isu di Kemboja – Berjaya diselasaikan melalui pilihan raya tahun 1993.
  • Malaysia turut menghantar pasukan pengaman di bawah PBB (Misi UNTAC).

Kerjasama Ekonomi

  • Kerjasama ekonomi ASEAN sejak tahun 1970-an.
  • 1978 – Projek Industri ASEAN (AIP) dimulakan. Antara projek yang Berjaya termasuklah pengeluaran baja urea di Indonesia (1984) dan Malaysia (1986).
  • Pengeluaran baja fostat dan kuprum (Filipina) dan Penghasilan serbuk soda (Thailand) berjaya dilaksanakan.
  • Potensi perdangan antara negara ASEAN menyebabkan Malaysia mempromosikan dan menyokong konsep integrase ekonomi ASEAN. Sokongan ini diharapkan mewujudkan satu pasaran tunggal ASEAN yang bebas seperti penggunaan mata wang ASEAN.
  • Meningkatkan perdangan antara negara ASEAN – Beberapa insentif dilaksanakan termasuklah melalui Skim Keutamaan Perdgangan (SKP) yang dicadangkan pada tahun 1976 dan dilaksanakan pada tahun 1978.
  • Pemotongan cukai barangan dilakukan melalui skim ini. Malaysia menawarkan pemotongan cukai ke atas pelbagai jenis produk keluaran negara anggota ASEAN.

Kerjasama Sosial

  • Kerjasama melalui penubuhan Southeast Asian Minister of Education Organization (SEAMEO) / Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara.
  • Kerjasama bidang pendidikan – Pertukaran pelajar dan penubuhan pusat serantau pendidikan seperti pembinaan The Regional Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM) di Pulau Pinang.
  • Kerjasama bidang kebudayaan – Festival kebudayaan dan kesenian melalui penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN.
  • Sukan SEA – Menjalinkan kerjasama sukan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024