Dasar luar Malaysia digubal bepandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.
Matlamat Penggubalan Dasar Luar
Dasar ini mempengaruhi tindakan negara dalam menghadapi suasana perkembangan politk wilayah, serantau dan antarabangsa.
Kejayaan dasar ini diukur dengan wujudnya hubungan baik dan kerjasama dalam bidangan ekonomi, politikm pertahanan serta kebudayaan pada peringkat antarabangsa.
Tahun 1956 – Persediaan asas untuk menubuhkan Kementerian Luar Negeri telah bermula dan dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Luar.
Tahun 1966 – Kementerian Hal Ehwal Luar diubah kepada Kementerian Luar Negeri.
17 September 2001 – Kementerian Luar Neger memulakan operasi di No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2 Putrajaya.
Wisma Putra – menggubal dasar luar serta menjaga kepentingan nasional Malaysia pada peringkat antarabangsa.
Matlamat penggubalan dasar luar
Mempertahankan kemerdekaan dan kedauatan negara
Melindungi kepentingan nasional
Mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia
Memupuk hubungan baik dengan negara luar
Faktor Penggubalan Dasar Luar
Ikatan Sejarah
Nilai sejarah yang dilalui merupakan dasar luar yang digubal berdasarkan adanya ikatan sejarah antara ini dengan negara lain.
Ikatan sejarah dan budaya dengan negara serantau dan antarabangsa menyebabkan Malaysia menjalinkan hubungan rapat dengan negara-negara.
Hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, Mesir, Yaman dan Turki – Dipengaruhi oleh ikatan keagamaan yang terjalin sekian lama.
Selepas kemerdekaan – Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel.
Keperluan Nasional
Maksud – Memberi keutamaan kepada kepentingan negara.
Dalam menggubal dasar luar, kepentingan negara menjadi perhatian utama untuk menjaga kedaulatan mahupun dasar yang menguntungkan negara.
Kedudukan strategic – Menjadi perkiraan utama dalam membentuk dasar luar dengan negara serantau.
Hubungan baik dengan negara luar – Kebajikan rakyat Malaysia di luar negara terjaga.
Kepentingan ekonomi dan keamanan menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali serta menjalinkan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideology.
Kepimpinan
Kebijaksanaan dan kebolehan pemimpin – Asas penting dalam penggubalan dasar luar Malaysia.
Pemimpin perlu peka akan perkembangan pada peringkat antarbangsa serta perubahan yang berlaku bagi menentukan hala tuju dasar luar negara.
Pada tahun 1990-an dasar menjalinkan hubungan dengan negara yang sedang membangun – Satu perubahan sikap pemimpin yang sebelum ini cenderung kepada negara maju.
Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara yang sedang membangun di Afrika dan kepulauan di Pasifik Selatan.
Persekitaran Luar
Perubahan politik, ekonomi dan sosial antarabangsa – Dasar luar Malaysia digubal sesuai dengan perubahan yang berlaku.
Contohnya – Semasa era Perang Dingin, dasar luar negara dilihat lebih probarat.
Malaysia mengubah dasar daripada probarat kepada tidak berpihak berdasarkan perkembangan yang berlaku pada tahun 1970-an.