Dasar Luar Malaysia

9.4 - Malaysia dalam Komanwel

  • Komanwel – Sebuah badan yang dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan dan naungan British yang telah merdeka.
  • Tujuan – Untuk membina semangat setia kawan antara negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
  • Manfaat kepada Malaysia – Memperjuangkan hak asasi manusia, kerjasama ekonomi, pembangunan bidang sosial, dan terlibat dalam pengurusan isu antarabangsa.

Penyertaan dan Sumbangan

  • Komitmen Malaysia – Kerjasama ekonomi dan pembanguan antara negara Komanwel, penyertaan dalam Sukan Komanwel dan membangkitkan pelbagai isu seperti dasar Aperteid dalam Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM).

Rancangan Colombo

Merupakan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial di bawah komanwel sejak tahun 1951.

  • Tujuan – Menangani masalah kemiskinan dalam kalangan anggota Komanwel.
  • Mendapat khidmat nasihat – Pendidikan, pertanian, teknikan dan kesihatan.
  • Sejak 1995 – Terlibat dalam khidmat nasihat berkaita untuk kakitangan awam dan pembangunan sektor swasta.
  • Memberi bantuan dalam pelbagai bidang kepada negara anggota yang belum membangun.

Kerjasama Pertahanan

Kerjasama ini melalui perjanjian antara Britain dengan Tanah Melayu untuk memperkukuh pertahanan dan keselamatan negara.

  • Membolehkan Britain serta negara Komanwel memberikan komitmen terhadap pertahanan negara.
  • Kerajaan menyediakan kemudahan kepada tentera Britain dan psukan Simpanan Strategik Komanwel sama ada untuk obligasi Komanwel mahupun keperluan antarabangsa.

Kerjasama Ekonomi

Negara Komanwel merupakan antara rakan dagang Malaysia yang utama

  • Komoditi utama negara – Dieksport ke negara anggota dengan lebih mudah.
  • Kadar cukai – Lebih rendah (Sukai barangan eksport barangan siap dan cukai produk digital).
  • Pelbagai kemudahan – Kemudahan kredit dan bantuan dana Komanwel.
  • Pelabuaran – Penting kepada pembangunan ekonomi negara.

Penentangan Dasar Aparteid

  • Asas penentangan Malaysia – Dasar ini menyalahgunakan hak asasi manusia dengan membezakan hak seseorang berdasarkan warna kulit.
  • Ketegasan Malaysia dan negara lain menyebabkan Afrika Selatan menarik diri daripada Komanwel.

Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM)

  • Mesyuarat ini diadakan 2 tahun sekali.
  • Tujuan – Membincangkan isu semasa antarabangsa yang berkaitan dengan negara anggota.
  • 1989 – Malaysia menjadi tuan rumah persidangan.

Sukan Komanwel

  • Sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik.
  • Diadakan 4 tahun sekali.
  • Mengeratkan hubungan antara negara anggota.
  • 1998 – Malaysia menjadi tuan rumah sukan ini.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024