Dasar Luar Malaysia

9.1 - Latar Belakang Dasar Luar

Hubungan Luar Sebelum Melaka

  • Sebelum Kesultanan Melayu Melaka – Kerajaan-kerajaan awal mengadakan hubungan dengan China.
  • Tahun 424 Masihi – Kerajaan P’an-p’an menghantar utusan Ke China.
  • Tahun 523 Masihi – Kerajaan Langkasuka menghantar utusan ke China.
  • Tahin 608 Masihi – Kerajaan Chih-t’u mengahantar utusan ke China.
  • Pengahantraan utusan ini bukti wujudnya hubungan antara kerajaan-kerajaan tersebut dengan China.

Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka

  • Abad ke-15 dan ke-16 – Kesultanan Melayu Melaka mempunyai hubungan dengan pelbagai kerajaan di Alam Melayu atau di luar Alam Melayu.
  • 2 bentuk hubungan – Diplomatik dan perdagangan.
  • Hubungan Diplomatik – Melalui penghantaran utusan.
  • Hubungan Perdagang – Dijalankan dengan kerajaan dan wilayah yang mendatangkan keuntungan kepada Melaka.
  • Kepentingan Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka Abad ke-15
    • Menjamin kestabilan dan keselamatan kerajaan.
    • Menjamin kemakmuran Melaka melalui hubungan perdagangan dengan negara lain.
    • Mengekalkan penguasaan aktiviti perdangan di Selat Melaka.
    • Memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka.
    • Membantu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam.

Zaman British

  • Pada zaman British – Hal Ehwal luar negeri Melayu, NNs, Sarawak dan Sabah dikawal oleh Pejabat Tanah Jajahan di London.

Selepas Kemerdekaan

  • Selepas kemerdekaan – Negara kita menggubal sendiri dasar luar untuk kepentingan negara.
  • Terdapat 2 perkembangan penting dalam dasar luar.
    • Dasar luar berbentuk probarat dan antikomunis semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman.
    • Malaysia bersikap tidak memihak dan menjalinkan hubungan dengan negara laun tanpa mengira ideology semasa pentadbiran Tun Abdul Razak.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024