Membina Kemakmuran Negara

8.5 - Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Aspek Sosial

  • Penurunan kedar kemiskinan, peningkatan kualiti hidup, kemunculan golongan pertengah, masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.
  • Pencapaian ini juga meliputi pendidikan, perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan serta perkembangan bandar baru.

Penurunan Kadar Kemiskinan

  • Kadar kemiskinan Berjaya dikurangkan.
  • Pelbagai kegiatan ekonomi – Membuka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan isi rumah.
  • Menambahbaik kemudahan awam untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup.
  • Peluang pekerjaan dalam bidang pertanian dan perindustruan dapat mengurangkan masalah pengangguran dan kadar kemiskinan.
  • Pelaksanaan DEB – Kadar kemiskinan dikurangkan daripasa 49.3 % (tahun 1970) kepada 17.1% (tahun 1990).
  • Pelaksanaan DPN – Mengurangkan kadar kemiskianan kepada 7.2% (tahun 2000)

Peningkatan Kualiti Hidup

  • Pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan – Kualiti hidup rakyat meningkat.
  • Tahap kesihatan pun meningkat.
  • Aspek pendidikan, pemilikan barang keperluan asas dan penyediaan infrastruktur turut meningkat.
  • Kualiti hidup menunjukkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara semakin baik selepas tahun 1990

Kemunculan Golongan Pertengahan

  • DEB dan DPN – Meningkatkan penyertaan bumiputera dan bukan bumiputera dalam pekerjaan di bandar dengan kewujudan masyarakat baharu seperti golongan professional, pemodal, teknikal, pentadbiran dan pengurusan.
    • Perkembangan ekonomi – Keperluan terhadap bidang kerja ini meningkat.
    • Golongan ini – Golongan pertengahan.
    • Mereka memberi sumbangan besar kepada pendapatan dan kemakmuran negara.

Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

  • Kesan DEB dan DPN – Menwujudkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang bergiat dalam pelbagai bidang ekonomi.
  • Golongan ini – membentuk kelas bumipuetra komersial.
  • Muncul tokoh bumiputera dalam bidang perbankan, pemodal saham, pemilik syarikat, pemilik pelabuhan dan usahawan muda.
  • Golongan ini memberi faedah kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin dengan tawaran pekerjaan dalam syarikat dan industri yang dimiliki oleh golongan ini.

Pembangunan Pendidikan

  • Pembangunan pendidikan berlaku dengan pembangunan ekonomi.
  • Pembangunan ekonomi memerlukan tenaga kerja mahir yang berpendidikan.
  • Selepas tahun 1990 – Institudi pendidikan berkembang di bawak kelolaan pihak kerajaan dan swasta.
  • Muncul graduan dalam bidang sains, teknologi dan teknikal.
  • Kebolehan dalam bidang ini amat diperlukan – Permintaan tinggi dalam bidang perindustrian dan k-ekonomi.
  • Pendidikan tinggi – Memperbaiki taraf hidup rakyat Malaysia.

Pengangkutan dan Perhubungan

  • Kesan pembangunan ekonomi – Pemodenan pengangkutan awam.
  • Pihak kerajaan dan swasta melakukan pelaburan dalam bidang ini untuk memenuhi keperluan perindustrian dan perdagangan.
  • Jaringan sistem jalan raya, pengangkutan udara, kereta api dan pelabuhan moden – Merancakkan aktiviti ekonomi negara termasuklah ke kawasan pendalaman.
  • Sistem ini memudahkan proses integrasi Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.

Perkembangan Wilayah

  • Kemunculan bandar-bandar baharu hasil daripada DEB dan DPN.
  • Antaranya, Felda Segitiga Jengka yang berkembang menjadi sebuah bandar yang dikenali sebagai Bandar Tun Abdul Razak pada 7 Julai 2011.
    • Jengka – ditubuhkan melalui projek Segitiga Jengka oleh FELDA.
    • Segitiga Jengka – Merangkumi lokasi Jengka yang terletak di antara 3 daerah (Temerloh, Maran dan Jerantut)
    • Pelbagai kemudahan disediakan di bandar ini.
    • Terdapat juga kilang yang beroperasi di kawan perindustrian di bandar ini.

Aspek Ekonomi

Perindustrian Berteknologi Tinggi

  • Tahun 1980-an – Industri berat di Malaysia mengalami perkembangan yang bertujuan memperkukuh asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat dalam bidang teknologi yang lebih tinggi.
  • Industri ini menggunakan jentera moden yang memerlukan kemahiran tinggi dan modal yang besar.
  • Industri teknologi tinggi – Dikendali oleh The Heavy Industris Corporation of Malaysia Berhad (HICOM) yang ditubuhkan pada 1980.
  • Projek yang dilaksanakan - Membaiki kapal, besi dan keluli, loji gas cecair, stesen janakuasa, kilang penapis petroleum dan satelit komunikasi.

Kawasan Perindustrian Baharu

  • Kawasan Perindustrian Baharu – Estet perindustrian, zon perindustrian bebas dan taman teknologi industry.
  • Rasional – Berdekatan dengan sumber bahan mentah, infrastuktur dan bekalan buruh yang mencukupi.
  • Kawasan ini juga membantu pembangunan ekonomi kawasan sekitar dan menambah pelaburan modal dari dalam dan luar negara.
  • Estet Perindustrian
    • Dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah dan Pihak swasta.
    • Bandar terancang yang mengandungi kawasan perumahan, pusat perniagaan dan perindustrian serta pusat rekreasi.
  • Taman Teknologi Perindustrian
    • Pusat Penyelidikan dan pembangunan industri di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.
    • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia – Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan inovasi bagi pembangunan teknologi perindustrian.
  • Zon Perindustrian Bebas
    • Kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai atau tarif sebagai insentif.
    • Tujuan – Menarik pengusaha melabut dan meransang ekonomi kawasan sekitar.
    • Digunakan oleh syarikat multinasional untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan.
  • Kenderaan Buatan Malaysia
    • HICOM dan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia – Menggalakkan pertumbuhan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia.
    • Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Perusaha Otomobil Kedua (PERODUA) – Mempelopori Industri kereta tempatan.
    • Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd (MODENAS) – Menghasilkan pelbagai motosikal kecil 200 cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
    • Perusahaan kerata dan motorsikal nasional – Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat berbilang kaum yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat dan taraf hidup mereka.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024