Membina Kemakmuran Negara

8.1 - Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

  • DEB dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun sebagai rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara.
  • Dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) yang merangkumi 4 Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia iaitu:
    • Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
    • Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
    • Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
    • Rancangan Malaysia ke Lima (1986-1990)
  • Tujuan – Memulih ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, wilayah dan kawasan dalam wilayah yang sama.

Latar Belakang Pembentukan

  • Majlis Perundingan Negara (MAPEN) – Ditubuhkan pada Januari 1970.
  • Dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.
  • Tujuan – Mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrase nasional untuk memupuk identity kebangsaan dalam kalangan rakyat.
  • Kesan – Terbentuklah Dasar Ekonomi Baru.
  • Beberapa pakar terlibat untuk merancang dan merangka dasar berkenaan iaitu:
    • Dr. Rais Saniman (Malaysia)
    • Dr. Just Faaland (Norway)
    • Dr. Jack R. Parkinson (Britain)

Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

  • Matlamat – Mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan menggunakan strategi bersifat serampang dua mata.
  • Strategi DEB
    • Membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpda mengira kaum
    • Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
  • Terdapat beberapa isu sosioekonomi semasa pelancaran DEB:
    • Jurang sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera.
    • Jurang sosioekonomi antara pantai timur dengan pantai barat.
    • Jurang sosioekonomi antara masyarakat desa dengan bandar.
    • Jurang sosioekonomi antara negeri.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024