Membina Kemakmuran Negara

8.4 - Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Pelaksanaan DPN juga dilakukan melalui pemilikan modal saham dan pembangunan wilayah.

Pembasmian Kemiskinan

  • Kerajaan meneruskan pemberikan subsidi dan sokongan diteruskan kepada golongan penanam padi dan nelayan untuk mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.
  • Belia diberi latihan (di Pusat Latihan Kemahiran Giatmara dan Institut Latihan Perindustrian)bagi membolehkan mereka mendapatkan kerja yang berkaitan dengan kemahiran dan berpendapatan tinggi.

Penyusunan Semula Masyarakat

  • Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) – Menyusun semula masyarakat.
  • Bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 135)
  • Meningkatkan tenaga kerja dan penyertaan bumiputera dalam pegurusan sektor moden.
  • Latihan bidang pengurusan harta dan etika perniagaan – Oleh agensi kerajaan.
  • Pemberian kontrak, kouta dan lesen perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bukan bumiputera turut dilaksanakan.
  • Perhatian khusus – Kepada penyertaan bumiputera dalam IKS.
  • Usaha sama bumiputera dengan bukan bumiputera – Membolehkan syarikat bumiputera meningkatkan prospek perniagaan.
  • Mendedahkan bumiputera dengan teknologi baharu, kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dalam pasaran antarabangsa.
  • Matlamat penyusunan semula masyarakat - Memastikan corak tenaga kerja di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi bagi mencerminkan komposisi pelbagai kaum dalam negara.

Penyusunan Semula Modal Saham

  • Penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat dilaksanakan di bawah DPN.
  • Selaras dengan matlamat DEB – Mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden.
  • Tindakan – Melaui program penswastaan bagi memperuntukkan sejumlah saham untuk projek yang diswastakan kepada bumiputera.
  • Penswastaan syarikat perniagaan milik agensi amanah yang dikhaskan untuk bumiputera:
    • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    • Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
    • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
  • Bukan bumiputera diberi peluang menyertai projek penswastaan.

Pembangunan Wilayah

  • Pembangunan wilayah – Meningkatkan integrasi ekonomi yang saling melengkapi antara negeri.
  • Usaha memperbaik ketidakseimbangan pembangunan wilayah memudahkan penyamarataan pendapatan antara kaum di negara ini.
  • Malaysian Agricultural Research and Development Istitute (MARDI) ditingkatkan.
  • Konsep pertanian pintar – Meningkatkan hasil pertanian.
  • Penyebaran industri terpilih digalakkan dengan mendorong sektor swasta menempatkan semula kilang di negeri yang kurang maju untuk menjadi pusat pertumbuhan baharu ekonomi yang dapat menyumbang kepada pembangunan wilayah.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024