Membina Kemakmuran Negara

8.2 - Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

DEB menggunakan beberapa pendekatan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui ekonomi yang seimbang. Beberapa langkah dilaksanakan berkaitan dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat

  • Rancangan meningkatkan taraf hidup melibatkan penduduk di luar bandar dan di bandar.
  • Luar Bandar – Tumpuan kepada penduduk miskin seperti petani, pekebun getah dan kelapa, nelayan, buruh dan penduduk kampung baharu.
    • Usaha pembangunan – Menerusi kegiatan Gerakan Koperasi yang sedia ada si luar bandar.
    • Program yang dilaksanakan – Penerokaan tanah baharu, bantuan peralatan pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pusat kemajuan peladang.
  • Bandar – Penduduk bandar menghadapi kemiskinan kerana berpendapatan rendah dan masalah perumahan.
    • Usaha kerajaan – Memajukan pelbagai jenis perindustrian dan perniagaan yang membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan golongan miskin pelbagai kaum.
    • Kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan – Pendidikan, bekalab sir dan elektrik, jalan raya, bantuan biasiswa dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah murah.

Rancangan Buku Hijau

  • Rancangan Buku Hijau – Dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974.
  • Matlamat – Menambahkan pendapatan rakya dan pengeluaran bahan makanan supaya cukup untuk keperluan negara.
  • Rancangan ini memberi tumpuan kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya.
  • Mengusahakan tanah dengan tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan, pemasaran yang baik dan projek kecil yang lain.

Peranan Agensi Kerajaan

  • Beberapa agensi ditubuhkan untuk mempelbagaikan ekonomi yang boleh menambahkan pendapatan rakyat dan membuka peluang pekerjaan.
  • Bantuan yang diberikan – Peralatan, biji benih, kemudahan pinjaman dan khidmat nasihat.
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
    • Ditubuhkan pada 1971.
    • Meningkatkan taraf hidup nelayan dan memodenkan industry perikanan.
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
    • Ditubuhkan pada 1973.
    • Membantu pekebun kecil, petani dan peladang yang terlibat dalam kegiatan koperasi.
  • Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)
    • Ditubuhkan pada 1971.
    • Mengawal selia sektor padi dan beras
    • Menstabilkan harga padi.
    • Dikenali sebagai Beras Nasional (BERNAS) pada tahun 1994.
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun kecil Perusahaan Getah (RISDA)
    • Ditubuhkan pada 1973.
    • Membantu dalam penyelidikan dan penanaman semula.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pembangunan Tanah

  • Pembukaan tanah baharu untuk pertanian di bawah FELDA.
  • Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke kawasan FELDA.
  • Mereka diberi tanah seluas 10 ekar – Untuk penanaman kelapa sawit, getah dan rumah kediaman.
  • Kemudahan lain seperti klinik, sekolah, pengangkutan san koperasi FELDA dapat mengubah taraf hidup mereka.
  • FELDA menjalikan kerjasama dengan kerajjan negeri – Untuk membuka tanah baharu untuk pertanian.
  • Sabah – FELDA dan Yayasan Sabah membuka Felda Wilayah Sahabat (Lahad Datu) dan Felda Umas (Tawau).
  • Sarawak – Sarawak land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) untuk pembukaan ladang kelapa sawit.

Pembangunan Wilayah

  • Program pembangunan wilayah dijalankan dengan pembukaan tanah untuk industry getah dan kelapa sawit. Antaranya,
    • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
    • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
    • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
    • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  • Urban Development Authority (UDA) / Perbadanan Pembangunan Bandar
    • Ditubuhkan pada tahun 1971
    • Peranan – Dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baharu.

Pemilikan Modal Saham

  • Kaum bumiputera ketinggalan dalam pemilikan saham syarikat perdangan dan mewujudkan perbezaan dari segi taraf hidup dan jumlah pendapatan antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera.
  • Usaha yang dilakukan – Penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 17 Mac 1978.
  • Tujuan – Menambahkan pemilikan modal saham bumiputera dalam sektor korporat bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
  • Pelancaran Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) – Memudahkan kaum bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad.
  • Kaum bukan bumiputera diberi peluang dalam pemilikan modal saham dengan pengenalan Amanah Saham Malaysia.

Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

  • IKS – Industri pembuatan barangan menggunakan modal yang kecil san tenaga kerja yang tidak ramai.
  • Memberi peluang kepada rakyat untuk mengusahakan industry desa serta IKS.
  • Usaha ini bagi memperbaik taraf hidup rakyat serta menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
  • IKS meliputi kraf tangan, makanan, pakaian dan inap desa.
  • IKS yang Berjaya termasuklah Best Farm Co., Nurul Food Industry Enterprise, Ramly Food Processing Sendirian Berhad dan Faiza Marketing Sendirian Berhad.
  • Pinjaman, insentif dan nasihat diberikan melalui Bank BUmiputera (1965), Perbadanan Nasional Pinjaman Khas Pertanian (1970) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (1987).
  • Kesan – Muncul ramai usahawan muda yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Pendidikan Tenaga Kerja Mahir

  • Usaha kerajaan untuk melahirkan tenaga keraja mahir yang mampu menampung keperluan dalam bidang pertanian dan perindustrian.
  • Asas latihan – Diberikan sejak bangku sekolah melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan menengah atas – Dibahagikan kepada 2 jurusan (akademik dan vokasional).
  • Sekolah teknik dan vokasional, maktab Perguruan Teknik, politeknik, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti (Institusi) Teknologi Mara ditubuhkan.
  • Kursus kemahiran – Pelbagai bidang untuk menampung permintaan terhadap tenaga kerja mahir.
  • Kesan – Pekerja mahir dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024