8.3 -
Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dan DEB berakhir pada 1990.
Ekonomi Malaysia berkembang dengan pesat semasa tempoh pelaksaan DEB.
Usaha yang dilaksanakan melalui DEB diteruskan oleh DPN
Latar Belakang Pembentukan
DPN dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.
DPN dirangka untuk tempoh 10 tahun (1991-2000) melalui Rangka Rangcangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2).
DPN adalan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020.
Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Matlamat DPN – Mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan.
Matlamat ini dicapai melalui pembangunan seimbang antara negeri dan antara bandar dengan luar bandar.
Dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Keenam dan Rangcangan Malaysia Ketujuh.
Objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Objektif – Menwujudkan masyarakat yang bersatu padu dengan memperkukuhkan kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.
Membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju dalam semua aspek.
Strategi Dasaar Pembangunan Nasional (DPN)
Ekonomi
Penglibatan aktif pihak swasta dalam pembangunan ekonomi negara.
Melaksanakan program penanaman semula.
Penggunaan sains dan teknologi.
Meningkatkan pemilikan saham bumiputera.
Sosial
Memberikan insentif serta kemudahan pendidikan untuk kemajuan masyarakat miskin tanpa mengira kaum.
Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.
Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif.