Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

6.5 - Tragedi Hubungan antara Kaum

  • Rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969 bermula beberapa hari setelah Pilihan Raya Umum ketiga.
  • Punca – Ketegangan antara penyokong parti politik yang memprovokasikan keadaan.

Rusuhan Kaum

Faktor yang menyebabkan rusuhan kaum di negara kita:

  • Kesan ketidakseimbangan kaum dalam ekonomi dan sosial di negara kita.
  • Keadaan dan keputusan Pilihan Raya Umum Ketiga 1969 – Bermula kempen pilihan raya yang menyentuh sensitivity sesuatu kaum.
  • PKM mengambil kesempatan semasa pilihan raya untuk mempengaruhi penduduk supaya bermusuhan antara kaum.
  • Parti yang bertanding – Menggunakan sentiment perkauman dan keagamaan untuk mendapat sokongan.
  • Perarakan kemenangan pilihan raya – Tidak terkawal kekacauan dan perbuatan provokatif.

Langkah yang Diambil bagi Mengatasi Masalah Peristiwa 13 Mei 1969

  • Antara langkah yang diambil termasuklah pengisytiharan darurat, pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan peranan yang dimainkan oleh Raja-raja Melayu.

Darurat

YDPA mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969. Antara perkara yang diputuskan ialah:

  • Perlembagaan – Digantung, Parlimen – Ditangguhkan.
  • Mewujudkan tempat perlindungan semasa darurat.
  • Pihak polis – Menguatkuasakan perintah berkurung. Orang ramai – tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing.
  • Penubuhan jawatankuasa bertugas – Menyusun semula perkhidmatan penerangan kerajaan.
  • Semua berita ditapis – Bagi memastikan kesahihan.
  • Kerajaan – Memastikan bekalan makanan diperolehi penduduk terutama di pusat perlindungan.
  • Mangsa rusuhan dipindahkan ke pusat perlindungan di Stadium Merdeka dan Tiong Nam Settlement.
  • Pihak berkuasa memagar kawasan Kampung Baru dan menjadikannya kawasan perintah berkurung terbesar. Tentera melindungi penduduk di kem tentera.

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

  • Pengerusi MAGERAN – Pengerusi Tun Abdul Razak.
  • Ahli – Pegawai perkhidmatan awam, pegawai tinggi polis dan tentera
  • MAGERAN Memerintah semasa darurat (16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971) dan mengawal ketenteraman negara.
  • Fokus utama – Masalah perpaduan kaum dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
  • Tanggungjawab MAGERAN
    • Mengembalikan keamanan dan undang-undang.
    • Menentukan pentadbiran yang licin dalam negara.
    • Mengembalikan keharmonian dan kepercayaan antara kaum dalam negara.
    • Menggantungkan sementara penerbitan semua akhbar sehingga keadaan negara kembali tenang.
    • Menguatkuasakan Akta Hasutan 1948.
    • Jabatan Penerangan menapis berita palsu dan menerangkan usaha kerajaan.

Peranan Raja

  • Sultan Perak, Sultan Idris Iskandar Shah II menasihati rakyat agar menjaga keamanan.
  • Pemimpin masyarakat dan politik negeri Perak menubuhkan Jawatankuasa Muhibah.
  • Tugas Jawatankuasa Muhibah – Menulis surat merayu penduduk agar bertenang dan membantu negara mengekalkan keamanan.
  • Di negeri-negeri lain – Raja meminta rakyat agara bertenang dan mematuhi undang-undang.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024