Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

6.4 - Isu Pembangunan dan Ekonomi

  • Kerajaan membentuk rancangan pembangunan 5 tahun bagi memastikan usaha pembangunan dan ekonomi nasional dapat dilaksanakan di semua negeri.
  • Usaha ini diteruskan dengan melibatkan Sarawak dan Sabah dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia sebaik pembentukan Malaysia.

Rancangan Malaysia Pertama

  • Tujuan – Menangani pembangunan dan ekonomi negara.
  • Isu yang dihadapi – Kedudukan sosioekonomi penduduk berpendapatan rendah dan taraf pendidikan yang masih rendah.

Isu Pembangunan Ekonomi

Berikut adalah isu dan usaha untuk mengatasi yang diambil oleh kerajaan:

  1. Isu

    • Terlalu bergantung pada eksport getah dan bijih timah.
    • Kejatuhan harga bahan mentah.
    • Penduduk yang terlibat dalam bidang pertanian masih ketinggalan dalam teknologi dan peralatan.
    • Petani adalah golongan berpendapatan rendah.
    • Pertanian kormesial kurang diusahakan.
    • Usaha Mengatasi
      • Mempelbagaikan kegiatan ekonomi pertanian dan industri pemprosesan.
      • Mencari pasaran baharu bagi getah dan bijih timah.
      • Mempelbagai bidang pertanian trutama kelapa sawit dan koko.
      • Mempelbagaikan pengeluaran komoditi negara.
  2. Isu

    • Taraf hidup yang berbeza.
    • Usaha Mengatasi
      • Melancarkan program pembangunan negara berasaskan satu rancangan bersepadu.
      • Menggerakkan aktiviti perkilangan dan pembuatan negara dengan membuka kawasan baru.
      • Mempercepatkan integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia.
      • Mendapatkan bantuan Bank Dunia.
  3. Isu

    • Peluang pekerjaan yang terhad.
    • Kadar pengangguran meningkat.
    • Usaha Mengatasi
      • Menubuhkan pusat latihan vokasional dan teknikal.
      • Meluaskan peluang pekerjaan kepada penduduk.
  4. Isu

    • Masalah kesihatan dan sosial.
    • Keperluan asas dan hak wanita dari segi kehamilan yang terhad untuk memperoleh kesihatan professional kepada ibu-ibu yang mengandung.
    • Kadar kelahiran tidak normal dan kematian tinggi.
    • Usaha Mengatasi
      • Mengurangkan kadar kelahiran.
      • Memperkenalkan program Perancangan Keluarga.
      • Menambah baik perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024