Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

6.3 - Menangani Ancaman Komunis

Antara ancaman daripada komunis termasuklah melakukan serangan bersenjata terhadap anggota pasukan keselamatan, menyerap masuk ideoligi komunis dan melakukan kegiatan sabotaj terhadap kemudahan awam.

Ancaman Keselamatan di Sarawak

Gerakan komunis di Sarawak bermula sejak pendudukan Jepun oleh CCO. Bahagian Pertama dan Ketiga Sarawak menjadi sasaran komunis. Komunis melakukan kegiatan serangan dan subversif terhadap orang awam.

Bentuk Ancaman

  • Gerakan Politik
    • Mereka menentang gagasan Malaysia.
    • Kerajaan Sarawak memburu dan menangkap ahli politik yang terlibat dalam gerakan komunis.
    • Mereka melarikan diri ke Kalimantann dan memberntu Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).
    • PPKU – Meneruskan penentangan melalui Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) dan Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS).
    • Tujuan – Membentuk republik komunis di Sarawak.
  • Serangan Bersenjata
    • 5 Ogos 1952 – Komunis menyerang batu Kitang, Kuching yang menandakan permulaan serangan komunis terhadap orang awam.

Usaha Mengatasi

  • Perang Saraf
    • Mengadakan perhimpunan awam – Memberi kesedaran tentang bahaya ancama komunis.
    • Menyebarkan risalah – Menyampaikan maklumat tentang bahaya ancaman komunis dan menanam kebencian terhadap komunis.
    • Mengisytiharkan kawasan putih – Bebas daripada ancaman komunis.
    • Tawaran program pengampunan kepada komunis.
    • Pembangunan infrastruktur – Menyediakan kemudahan perhubungan yang lebih baik kepada penduduk.
  • Operasi Ketenteraan
    • Tujuan – Melemahkan gerakan komunis di Sarawak
    • Antara operasi yang dijalankan ialah Operasi hammer 1965 (Bahagian Pertama), Operasi oleh RASCOM (Bahagian Ketiga) dan Operasi Sri Aman (Bahagian Kedua).
    • Operasi Hammer Sarawak
      • Tujuan – Memenangi hati rakyat.
      • Julai 1965 – Petempatan baharu didirikan untuk lebih kurang 1500 orang.
      • Dalam tempoh tiga hari – 1200 keluarga diarahkan berpindah ke 3 kawasan petempatan baharu sepanjang Jalan Kuching-Serian.
      • Petempatan ini dikawal sepanjang masa dan dikenakan perintah berkurung dalam tempoh 24 jam sehari – Untuk melindungi penduduk daripada ancaman komunis.
      • Kesan Operasi Hammer – Gerakan komunis di Sarawak semakin goyah.
      • Tahun 1970 – Operasi Hammer tamat dan Operasi Jalan Raja pula di lancarkan di Bahagian Pertama.
      • 13 Oktober 1973 – Bong Kee Chok (Pemimpin komunis) menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak untuk berunding.
      • Selepas beberapa hari, lebih kurang 500 anggota komunis keluar dari hutan dan menyerah diri.

Langkah Membenteras Ancaman Komunis

  • 6 Julai 1965 – Operasi Hammer dilancarkan. 3 kampung baru dibuka di Bahagian Pertama.
  • 8 Ogos 1969 – Operasi besar-besaran rampasan senjata di Bahagian Ketiga.
  • 24 Februari 1970 – Operasi Jalan Raja di Nonok (Asajaya), Bahagian Pertama.
  • 8 Ogos 1971 – Operasi Ngayau dilancarkan di Bahagian Ketiga.
  • 26 Mac 1972 – Rajang Area Security Command (Rascom dibentuk di Bahagian Ketiga).
  • 21 Oktober 1973 – Operasi Sri Aman ditamatkan. Anggota komunis menyerah diri.
  • 17 Oktober 1990 – Perjanjian damai menamatkan ancaman komunis yang diadakan antara pihak komunis dengan kerajaan Sarawak.
  • Langkah memenangi hati rakyat menyebabkan komunis tidak mendapat sokongan penduduk.

Ancaman Keselamatan di Semenanjung Malaysia

Parti Komunis Malaya (PKM) meneruskan kegiatan mengancam keselamatan di Semenanjung Malaysia. PKM bertindak agresif dengan menyerang anggota keselamatan dan orang awam serta memusnahkan kemudahan awam.

Pembunuhan Anggota Keselamatan dan Orang Awam

  • Komunis melakukan serang hendap terhadap pasukan keselamatan.
  • Kemuncak pembunuhan pegawai kanan polis.
  • 17 Jun 1968 – PKM melakukan serang hendap terhadap pasukan keselamatan di Kroh, Perak yang mengorbankan seramai 16 anggota keselamatan.
  • 7 Jun 1974 – Menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim di Kuala Lumpur.
  • 13 November 1975 – Menembak mati Ketua Polis Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong dan pemandunya di Ipoh.
  • Orang awam dan kemudahan awam turut menjadi sasaran komunis.
  • Julai 1969 – Seorang wanita diseksa sehingga mati di Sintok, Kedah.
  • Periuk api dipasang di sepanjang Jalan Changlun, Kedah.
  • Jalan raya dan jambatan kereta api diletupkan.

Pengeboman Tugu Negara

  • 26 Ogos 1975 – PKM meletupkan Tugu Negara di Kuala Lumpur.
  • Rakyat menuntut kerajaan mengambil tegas termasuklah mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  • Pihak keselamatan – Memperkuat perkhidmatan perisikan untuk mengawasi kegiatan komunis.

Usaha Mengatasi

  • Strategi Counterinsurgency (COIN)
    • Merupakan usaha keselamatan dan pembangunan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat bagi menyokong agenda dan dasar kerajaan memerangi komunis.
    • Strategi – Kerjasama antara pasukan keselamatan, ahli politik dan agensi kerajaan untuk menjalankan strategi COIN yang berkesan.
  • Perjanjian Kerjasama Sempadan
    • Masalah – Komunis membina khemah di luar sempadan negara.
    • Perjanjian Kerjasama Sempadan Memerangi Komunis 1979 – Mengadakan persefahaman antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Thailand.
    • Langkah yang dijalankan – Membina pagar sempadan dan operasi bersama.
    • Perjanjian Hat Yai – Diadakan antara PKM, Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989.
    • PKM bersetuju membubarkan unit bersenjata serta memusnahkan segala senjata api, bahan letupan dan jerangkap samar.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024