Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

6.1 - Cabaran Dalaman Malaysia

Negara berhadapan dengan cabaran dalamam kerana mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan etnik. Kerajaan Persekutuan memainkan peranan utama dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran berkenaan.

Cabaran yang Dihadapi oleh Malaysia

Cabaran Pembangunan dan Sosioekonomi di Sarawak dan Sabah

  • Hasil bahan asli yang disumbangkan oleh Sarawak dan Sabah meningkatkan jumlah eksport negara
  • Pengeluaran ekonomi negara bertambah daripada getah dan bijih timah kepada lada hitam, petroleum, minyak kelapa sawit, kayu balak dan koko.
  • Negara menghadapi cabaran bagi menyimbangkan pembangunan dan ekonomi kedua-dua negeri ini.
  • Oleh itu, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk menangani masalah ini.
  • Mempelbagaikan Kegiatan Ekonomi
    • Cabaran – Sarawak dan Sabah mempunyai kekayaan hasil bumi yang banyak tetapi rakyat masih mengamalkan pertanian sara diri.
    • Usaha Kerajaan – Mempelbagaikan pertanian komersial (Kelapa sawit, getah dnan koko) dan membuka peluang kepada penduduk untuk menyertai ekonomi berkaitan petroleum.
  • Memajukan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan
    • Cabaran – Saiz negeri yang besar menjadi cabaran dalam bidang perhubungan dan pengangkutan. Kedua- dua negeri masih bergantung pada sistem air bagi tujuan perhubungan.
    • Usaha kerajaan – Membina sistem perhubungan dan pengankutan terutama bagi kawasan pendalaman.
    • Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia – Usaha menyeimbangkan pembangunan dilaksanakan melalui rancangan ini.
    • Sarawak dan Sabah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Pertama bermula tahun 1966.
  • Memajukan Sistem Pendidikan
    • Cabaran – Jurang pendidikan di kawasan bandar dan pendalaman.
    • Sekolah vernakular Inggeris dan Cina – Mula wujud di kawasan bandar pada zaman British.
    • Penduduk pendalaman – Kurang peluang untuk bersekolah.
    • Usaha kerajaan – Membina sekolah dan melatih tenaga guru bagi memberikan pendidikan kepada penduduk, khususnya kaum bumiputera.

Cabaran Politik di Sarawak

  • Krisis perlembagaan di Sarawak – 21 orang ahli Council Negri tidak berpuas hati dengan kepimpinan Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak.
  • Jun 1966 – Stephen Kalong Ningkan di pecat oleh Gabenor.
  • Beliau mencabar kes ini di mahkamah dan memenangi kes ini pada September 1966.
  • Beliau kembali menjadi Ketua Menteri, tetapi mendapat undi tudak percaya daripada Council Negeri.
  • Kesan krisis – Berlaku ketidakstabilan di Sarawak yang mengancam keselamatan dan keamanan.
  • September 1966 – Darurat diisytiharkan di Sarawak.
  • Stephen Kalong Ningkan diganti dengan Tawi Sali.

Cabaran Perpaduan Kaum

  • Cabaran – Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia.
  • Usaha kerajaan – Mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional.
  • Jarak antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah yang jauh juga menjadi cabaran kepada integrasi nasional serta sukar memupuk semangat satu negara.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024