Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

6.2 - Pemisahan Singapura

Masalah hubungan antara pemimpin Persekutuan dengan Singapura disebabkan factor, ekonomi dan sosial yang telah ada sebelum Singapura menyertai Malaysia.

Faktor Pemisahan

  • Politik
    • Lee Kuan Yew – Tidak berpuas hati dengan peranan kerajaan Singapura yang terhad.
    • Konflik antara pemimpin PAP dengan Perikatan
    • Kempen Malaysian Malaysia – Menuntut hak sama rata untuk semua kaum menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.
  • Ekonomi
    • Singapura menuntut pembukaan pasaran bersama (common market) disegerakan.
    • Singapura tidak berpuas hati atas cadangan tambahan cukai yang perlu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan.
    • Singapura mahu mengenakan kadar faedah terhadap sebahagian pinjaman (RM150 Juta) yang diberikan kepada Persekutuan Tanah Melayu untuk pembangunan Sarawak dan Sabah.
  • Masalah Perkauman
    • 21 Julai 1964 – Berlaku rusuhan kaum di Singapura yang menimbulkan ketegangan antara kaum.
    • Sebab – Untuk menuntut persamaan hak yang sama rata bagi semua kaum.

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

  • 29 Jun 1965 – Kegagalan rundingan Tun Abdul Razak dengan Lee Kuan Yew.
  • 1 Julai 1965 – Rundingan tidak Berjaya, Tunku Abdul Rahman mengarahkan Tun Abdul Razak bermesyuarat dengan beberapa menteri untuk berbincang tentang pemisahan.
  • Awal Ogos 1965 – Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia bersetuju dengan rancangan pemisahan.
  • 7 Ogos 1965 – Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew menandatangani persetujuan untuk Singapura keluar daripada Malaysia.
  • 9 Ogos 1965 – Tunku Abdul Rahman membawa usul pemisahan Singapura ke Parlimen Malaysia. Parlimen meluluskan rang undang-undang pemisahan Singapura.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024