Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

10.5 - Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan

  • Wawasan masa hadapan – Strategi jangka panjang sebagai panduan arah dasar dalam pelbagi aspek berkaitan dengan pembangunan negara.
  • Malaysia merangka pelbagai usaha bagi memastikan generasi akan datang turut menikmati kehidupan yang lebih baik.

Komuniti ASEAN

  • Ditubuhkan pada tahun 2015 melalui Deklarasi Kuala Lumpur sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke -27.
  • Komuniti ASEAN – Langkah menyeluruh, strategic dan bersifat memandang ke hadapan serta mencerminkan aspirsi ASEAN.
  • Wawasan ASEAN – Fokus kepada ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan. Pertumbuhan ekonomi ASEAN diharapkan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.
  • Komuniti keamanan – Menjadi harapan agar keselamatan rantau ASEAN kekal terjamin dan segala konflik dapat diselesaikan secara damai.
  • Hasrat komuniti sosiobudaya agara integrase antara negara anggota ASEAN dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Keselamatan Makanan

  • United Nations’ Committee (UNC) – Menyebut bahawa keselamatan makanan merujuk setiap orang pada setiap masa mempunyai akses kepada sumber makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat yang memenuhi keperluan makanan mereka.
  • Isu keselamatan makanan
    • Kenaikan harga barangan yang keterlaluan.
    • Bekalan barangan terhad kerana masalah pengeluaran.
    • Bencana alam.
    • Pencemaran makanan.
  • Malaysia bekerjasama dengan negara ASEAN untuk menubuhkan Rizab Sekuriti Makanan ASEAN.
    • Tujuan – Mendapatkan maklumat tentang dasar sekuriti makanan bagi negara anggota ASEAN dan membentuk Simpanan Beras Kecemasan ASEAN.
    • Rizab ini boleh digunakan sewaktu kecemasan.
    • Kadar penyimpanan stok adalah sebanyak 50,000 tan.

Alam Sekitar

  • Isu alam sekitar yang perlu ditangani oleh Malaysia dan negara Asia tenggara ialah isu jerebu.
  • Jerebu – Fenomena atau pencemaran udara yang menjejaskan jarak penglihatan dan kesihatan.
  • Punca Jerebu – Pembakaran terbukan yang tidak dikawal terutamaya pembakaran hutan.
  • Langkah yang diambil oleh Malaysia – Perjanjian ASEAN berkaitan dengan Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.
    • Merupakan sebuah perjanjian serantau pertama di dunia.
    • Negara anggota yang terlibat disarankan untuk mengambil langkah dari aspek undang-undang dan pentadbiran serta tindakan lain yang wajar.
    • Pelaksaan tersebut amat terpenting bagi memastikan krisis jerebu tidak akan berlaku lagi dengan menekankan prinsip “ASEAN Tanpa Jerebu 2020”.
  • Malaysia dan Singapura – Bekerjasama untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pencegahan pembakaran di tanah gambut bagi mencari penyelesaian menangani isu ini.

Zon Bebas Nuklear

  • Southeast Asian Nuclear-Weaoun-Free-Zon (SEANWFZ) / Perjanjian Zon Bebas Senjata Asia Tenggara
    • Malaysia menandatangi perjanjian ini pada tahun 1995.
    • Perjanjian ini menekankan agar negara yang telibat tidak mengembangkan, mengeluarkan, memperoleh, memilik atau mengawal senjata nuklear.
  • Kedudukan Asia Tenggara yang strategik turut menjadikannya terlibat secara langsung dalam kancah persaingan membabitkan kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat yang memilik senjata nuklear.
  • Malaysia tidak boleh berdiam diri dan membiarkan perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan digunakan oleh kapal perang asing yang membawa senjata nuklear.
  • Malaysia tidak membenarkan kapal yang membawa senjata nuklear berlabuh atau mengadakan latihan di perairan negara ini keran boleh membawa konflik yang buruk kepada rantau Asia Tenggara.

Kerelevanan Organisasi Antarabangsa

  • Malaysia memandang serius terhadap pertubuhan dunia seperti PBB dan OIC yang tidak mampun berfungsi dengan baik dalam menjayakan matlamatnya terutama bagi melindungi hak dan kedudukan negara kecil yang sedang membangun.
  • Pandangan Malaysia – Penggunaan kuasa veto oleh kuasa besar hanya sah jika kedua buah negara yang mempunyai kuasai itu bersama-sama tiga naggota yang tidak memiliki kuasa veto bersetuju untuk menggunakannya demi memastikan penyalahgunaan kuasa veto dapat dikurangkan.
  • Negara yang memiliki kuasa veto tidak sepatutnya meletakkan diri mereka terkecuali daripada undang-undang antarabangsa.
  • Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019
    • Dianjurkan oleh Malaysia.
    • Melibatkan kira-kira 56 buah negara Islam dengan 450 perwakilan.
    • Matlamat – Merapatkan jurang dan kedudukan masyarakat Islam bagi menangani pelbagai isu.

Hak Asasi Manusia, Pelarian dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

  • Faktor penarik kemasukan PATI dan pelarian – Malaysia merupakan negara yang aman, makmur dan mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat.
  • Kesan kemasukan PATI dan pelarian – Membawa implikasi terhadap sosial, ekonomi, jenayah, politik dan hubungan diplomatik serta mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.
  • Langkah yang diambil
    • Membendung kemasukan PATI melalui pengukuhan mekanisme pengurusan warga asing.
    • Terlibat dalam pelbagai program PBB terutama United Nations High Commisioner for Refugees (UNHCR) / Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian.
    • Malaysia dilantik sebagai ahli suruhanjaya pada tahun 1993 hingga 1995.
    • Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan pada tahun 1999.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024