Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

10.2 - Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa

Meluaskan Pasaran Ekonomi

  • ASEAN Free Trade Area (AFTA) / Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN – Mempermudahkan dan meningkatkan perdagangan sesame anggota ASEAN.
    • Tujuan – Menjadikan kawasan ASEAN sebagai tempat produksi yang kompetitif bagi hasil keluaran ASEAN.
    • Melaksanakan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN terutama untuk mengurangkan tariff dan cukai barangan.
    • Malaysia terlibat sepenuhnya dalam AFTA dan membawa kebaikan kepada perkembangan ekonomi negara.

Dominasi Ekonomi Negara Maju

  • Malaysia berhadapan dengan pelbagai sekatan dan halangan daripada negara maju dlam bentuk tarif dan cukai.
  • Keadaan ini menjejaskan perdagangan negara.
  • Malaysia bersuara agar diberikan layanan yang saksama kepada semua negara.
  • Pandangan dibangkitkan dalam pelbagai forum antarabangsa seperti:
    • Forum PBB
    • Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) / Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.

Kerjasama Pembangunan Ekonomi Segi Tiga

  • Peranan Malaysia – Membangunkan wilayah baharu yang dimajukan bersama-sama negara anggota ASEAN.
  • Tujuan kerjasama – Mendapatkan keuntungan bersama apabila negara jiran saling membantu bagi memajukan kawasan yang terlibat.
  • Manfaat yang diperolehi oleh Malaysia
    • Mengurangkan monopoli pasaran dalam ASEAN daripada negara maju.
    • Mengurangkan kebergantungan pada pasaran kewangan antarabangsa dengan mewujudkan pelbagai badan yang berkaitan seperti koperasi ASEAN, bank ASEAN dan wang ASEAN untuk membendung campur tangan ekonomi negara maju.

Menangani Kemelesetan Ekonomi

  • 1997 hingga 1998 – Negara Asia mengalami kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit dan spekulasi mata wang.
  • Buku The Malaysian Currency Crisis: How and Why it Happened oleh Tun Dr. Mahathir – Isu ini menyebabkan pelabur luar menarik pelaburan mereka di Malaysia sehingga menjejaskan ekonomi Malaysia.
  • Malaysia didesak untuk mencontohu langkah yang diambil oleh negara lain – Menggunakan pelan perancangan Tabung kewangan Antarabangsa (IMF), namun negara kita enggan menerimanya.
  • Pendekatan Malaysia – Menambat kadar pertukaran ringgit (RM) kepada dollar (USD) dengan kadar RM3.80 bagi USDI.
  • Langkah ini berjaya memulihkan ekonomi negara.

Mengantarabangsakan Sistem Kewangan Islam

  • Sistem kewangan Islam – Sistem kewangan yang berlandaskan syarak dan menjadi alternatif kepada sistem kewangan konvensional.
  • Malaysia terlibat dalam usaha ini sejak tahun 2001.
  • Malaysia membangunkan sistem kewangan Islam yang progresif dan komprehensif sehingga menyumbang kepada keberkesanan sektor kewangan.
  • Malaysia menduduki kedudukan utama dalam pelbagai indeks global berkaitan kewangan Islam termasuklah menjadi pasaran sukuk terbesar di dunia.
  • Malaysia menjadi negara uatam pelaburan dana Islam.
  • International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) / Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam – Ditubuhkan untuk menyokong perkembangan kewangan Islam.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024