Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

10.4 - Usaha Mengekalkan Kelestarian Global

Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi

  • Deklarasi Langkawi – Pada bulan Oktober 1989 bersempena dengan Mesyuarat Ketua-Ketua Komanwel.
  • Dilaksanakan sebagai usaha menangani isu alam sekitar terutama kesan rumah hijau, kerosakan dan penipisan ozon serta pencemaran yang disebabkan aktiviti manusia yang tidak terkawal.
  • Anugerah Langkawi – Diberikan kepada warganegara Malaysia yang menunjukkan komitmen dan sumbangan besar dalam bidang alam sekitar. Dimulakan pada tahun 1991.
  • Dasar Alam Sekitar Negara 2002 – Menjadi asas dalam pembangunan negara.
  • 2006 – Kerajaan negeri Kedah mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark bagi memastikam kelestariannya terjamin.
  • Dasar Teknologi Hijau Negara – Dilancarkan pada tahun 2009 untuk menggalakkan penggunaan produk teknologi hijau bagi mengawal perubahan iklim.

Menyertai Sidang Kemuncak Bumi

  • Sidang Kemuncak Bumi
    • Di Rio de Jeneiro, Brazil pada tahun 1992.
    • Dianjurkan oleh PBB.
  • Komitmen Malaysia ditunjukkan melalui pengeluaran deklarasi Agenda 21.
  • Agenda 21
    • Dokumen umum yang penting bagi pengurusan akiviti manusia dalam sesebuah negara.
    • Menyentuh tindakan pembangunan abad ke-21 bagi mengatasi masalah kemiskinan, kebuluran dan kemerosotan ekosistem.
  • Malaysia turut terlibat dalam Protokol Kyoto 1997 dan persidangan alam sekitar di Bali 2007.
    • Persidangan-persidangan ini merupakan satu persetujuan sah dan persefahaman negara yang terlibat akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau secara kolektif dan menggalakkan penggunaan tenaga baharu seperti tenaga solar.
  • Hasrat Malaysia – Menerapkan dan mengguna pakai segala saranan agenda tersebut dalam program pembangunan bagi memastikan alam sekitar tidak terjejas dan dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

Antartika sebagai Warisan Sejagat

  • Malaysia menganggap bahawa penerokaan terhadap benua ais tersebut dilakukan secara tidak adil.
  • Penerokaan terhadap Antartika didominasi oleh hanya sebahagian kecil negara.
  • Pandangan Malaysia diutarakan sejak tahun 1983 melalui NAM.
    • Dalam Sidang Kemuncak NAM ketujuh – Malaysia mendesak PBB mengambil langkah pertama menjadikan Antartika sebagai warisan manusia sejagat.
  • Cadangan Malaysia – PBB mentadbir Antartika agar segala bentuk hasil yang terdapat di benua tersebut dapat dikongsi bersama-sama oleh semua negara.
  • Pandangan ini disokong oleh negara lain.
  • Inisiatif Malaysia – Membentuk pasukan penyelidik dalam pelbagai bidang ke Antartika. Antara yang terlibat ialah Dr. Haji Omar Abdul Rahman yang melawat Antartika pada tahun 1985.
  • Malaysia giat melakukan penyelidikan di Antartika sejak tahun 1999 terutama dalam bidang perubahan iklim dan kajian gas rumah hijau.
  • Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan – Di Universiti Malaya dan diterajui oleh Dr. Azizan Abu Samah.
  • Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) – Melakukan penyelidikansaintifik di Antartika.
  • Komitmen Malaysia dalam penyelidikan Antartika Membuktikan bahawa negara kecil juga mampu mencapai kejayaan jika diberi peluang dalam penyelidikan di Antartika.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024