Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

10.1 - Malaysia dalam Isu Global Kontemporari

Penyalahgunaan Dadah

  • International Drug Enforcement Conference (IDEC) / Persidangan Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa – Kesungguhan Malaysia memerangi bahaya penyalahgunaan dadah disuarakan dalam forum ini.
  • International Criminal Police Organization (INTERPOL) / Polis Antarabangsa – Malaysia mendapat kerjasama organisasi ini dalam usaha memerangi dadah
  • Malaysia bekerjasama dengan negara lain bagi menggubal strategi operasi menangani masalah ini.
  • Tun Dr. Mahathir – Terpilih sebagai Ketua Jawatankuasa Antidadah Antarabangsa pada tahun 1988. Malaysia dapat menyuarakan kelantangan memerangi dadah dalam forum PBB.

Pertindihan Sempadan

  • Tuntutan terhadap Pulau batu Putih melibatkan Malaysia dengan Singapura manakala Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dengan Indonesia.
  • Kedua-dua tuntutan berjaya diselesaikan – Melalui keputusan Mahkamah Antarabangsa.
    • 2002 – Mahkamah Antarabangsa memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan menjadi hak milik Malaysia.
    • 2008 – Mahkamah Antarabangsa memutuskan hak milik Pulau Batu Putih kepada Singapura.
  • Isu tuntutan Kepulauan Spratly – China, Vietnam, Brunei dan Filipina.
    • Masih belum selesai sehingga hari ini.
  • Kedudukan Kepulauan Spartly – Di tengah-tengah rantau Asia Tenggara.
    • Penting dari sudut geostrategik tetapi juga dari aspek perdagangan.
    • Menjadi asas perebutan kepulauan ini.
  • Malaysia menuntut Kepulauan Spratly bermula tahun 1979 apabila memasukkan sebahagian daripada Kepulauan Spartly ke dalam wilayah Malaysia iaitu Pulau Kecil Amboyna, Terumbu Ubi, Terumbu Semarang Barat dan Layang-Layang (Termaktub dalam Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984)
  • Usaha untuk menyelesaikan isu ini
    • Membangkitkan isu ini dalam Forum ASEAN-China pada tahun 1995.

Kempen Antiminyak Sawit

  • Gerakan antiminyak sawit yang dilancarkan oleh negara maju – Menggugat ekonomi negara ekonomi negara.
  • Isu ini terpaksa dihadapi oleh negara pengeluar munyak sawit seperti Malaysia dan Indonesia.
  • Minyak sawit – Pesaing utama kepada minyak kacang soya hingga menyebabkan kempen antiminyak sawit dijalankan.
  • Gerakan antiminyak sawit – Dilaksanakan oleh pengeluar minyak kacang soya (American Soybean Association, ASA) dan pihak NGO Pencinta Alam.
    • ASA – Minyak sawit menjejaskan penjualan minyak kacang soya.
    • NGO Pencinta Alam – Penanaman kepala sawit dianggap sebagai punca pencemaran alam sekitar, kemusnahan hutan dan habitat haiwan liar.
  • Langkah Malaysia menangani isu ini
    • Melalui pertubuhan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO).
    • Kempen berterusan
    • Mendapatkan skim pensijilan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) sejak tahun 2019.
    • Tujuan – Menghasilkan pengeluaran minyak sawit secara mapan dan pelaksaan amalan baik seperti Good Agricultural Practices (GAP) / Amalan Pertanian Baik.
  • Tindakan Malaysia secara berhemah dalam menangani isu kempen antiminyak sawit ini untuk mengelakkan sebarang konflik dengan negara lain.

Pemerdagangan Orang

  • Isu ini merupakan ancaman terhadap hak asasi manusia dan keselamatan negara.
  • Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menarik kedatangan warga asing.
    • Terdapat warga asing yang dating ke Malaysia melalui sindiker pemerdagangan orang.
  • Kedudukan Malaysia yang strategik – Lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain.
  • Malaysia menguatkuasa undang-undang dan memberikan bantuan kepada bantuan kepada mangsa pemerdangan orang.
    • Konvensyen PBB – Hak Kanak-Kanak 1989.
    • Protokol PBB – Mencegah, menyekat serta menghukum pesalah pemerdagangan orang.
  • 2008 – Malaysia menubuhkan Council For Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants (MAPO) / Majlis Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.
  • 2007 – Menguatkuasaan Anti-Trafickinh in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 (ATIPSOM 2007) / Akta Antipemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran, 2007).
  • Malaysia mewujudkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdangan Orang (2010-2015) – Menjalankan rundingan dengan negara luar, penguatkuasaan, pendakwaan dan perlindungan.

Penyakit Berjangkit

  • Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) / Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.
    • Dikesan di Malaysia pada tahun 1986. Sehingga 2014, Lebih 100000 kes dilaporkan dengan lebih 16000 kematian.
    • Penyakit merebak disebabkan gaya hidup tidak sihat dan penyalahgunaan dadah.
    • Langkah yang diambil oleh Malaysia – Melalui pemeriksaan kesihatan secara berterusan dan memberi rawatan kepada mangsa.
    • Tindakan ini menyebabkan Malaysia berjaya mengawal penularan wabak tersebut.
    • WHO memperakui pencapaian Malaysia sebagai antara negara di Asia yang berjaya mengurangkan masalah oenularan wabak daripada ibu kepada anak pada tahun 2018.
    • 2011 – Malaysia mendukung hasrat PBB untuk menjadikan dunia bebas AIDS pada tahun 2030 melalui pelakasaan National Strategik Plan for Ending AIDS (NSPEA) / Pelan Strategik Kebangsaan Mengakhiri AIDS.
    • Malaysia menyambut Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember setiap tahun.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024