Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

10.3 - Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan

Isu Palestin

  • Sejak tahun 1948 – Rejim Zionis Israel melakukan kekejaman, pengusiran dan pembunuhan terhadap penduduk Palestin.
  • Malaysia memperjuangkan hak dan keadilan rakyat Palestun mendapat pembelaan.
  • Pelibatan Rakyat – Melalui NGO yang membolehkan satu bentuk koordinasi membantu warga Palestin dapat dilaksanakan.
  • Antara NGO yang aktif – Aman Palestin, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cinta Gaza Malaysia (CGM) dan Muslim Care Malaysia.
  • Aman Palestin
    • 2006 – Didaftarkan dan menjasi organisasi yang giat membantu rakyat Palestin secara kolektif, sistematik, berterusan dan berkesan.
    • Menyalurkan bantuan kebajikan dan sumbangan orang ramai kepada rakyat Palestin.
  • Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
    • Merupakan gabungan beberapa buah NGO.
    • Menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan dalam usaha membantu rakyat Palestin yang tertindas.
    • Antara aktiviti – Hari Solidariti Rakyat Palestin.
  • Cinta Gaza Malaysia (CGM)
    • Pengasas – Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman.
    • Beroperasi sejak tahun 2013.
    • Menjalankan aktiviti kutipan dan sumbangan kepada penduduk Gaza terutama kanak-kanak, ibu tunggal dan warga emas.
    • Projek Ramadan 2020 – Bertema “Ramadahn Bulan Berkongsi Kebahagian” merangkumi bantuan perubatan, kebajikan belia , teknologu hijau, infrastruktur, pendidikan, pengajian al-Quran serta seni dan budaya.
  • Muslim Care Malaysia
    • 2006 – Ditubuhkan.
    • Aktif menjalankan misi kemanusiaan termasuk di Palestin.
  • Rakyat Malaysia turut menyatakan sokongan pada dengan:
    • Demonstrasi sebagai tanda sokongan kepada Palestin.
    • Menubuhkan Tabung Palestun untuk mengutip sumbangan kewangan kepada mangsa Zionis di Palestin.
  • Program Freedom Flotilla (Digerakkan oleh Free Gaza Movement) – Menghantar bantuan makanan dan perubatan ke Palestin.
  • Rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan turut menghadapi cabaran seperti di tawan dan dipenjara.
    • 12 orang sukarelawan Malaysia yang berada di dalam kapal Mavi Marmara ditawan oleh pihak Israel pada Mei 2010.
    • Dr. Fauziah Mohd Hasan turut serta dalam misi kemanusiaan ke Palestin dalam program “Women’s Boat to Gaza” pada Ogos 2016. Kapal Zaytouna-Oliza yang dinaiki beliau ditawan oleh pihak Israel.
    • Dr. Mohd Afandi Salled menaiki kapal Al-Awda yang ditawan oleh Israel dan beliau ditahan di dalam penjara di Israel sebelum dibebaskan kemudiannya.

Isu Syria

  • Isu ini bermula pada tahun 2011 menyebabkan rakyat Syria mengalami kesengsaraan terutamanya maslah kekurangan makanan dan kemudahan perubaan.
  • 1 Oktober 2015 – Kerajaan mengumumkan kesediaan menerima 3000 orang pelarian warganegara Syria dalam tempoh 3 tahun secara sukarela atas dasar kemanusiaan/
  • NGO yang terlibat membantu Syria termasuklah:
    • Organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare)
    • Cinta Syria Malaysia (CSM)
    • Global Peace Mission (GPM)
  • Organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare)
    • Gabungan 6 buah NGO kemanusiaan.
    • 2011 – Melancarkan kempen i4Syria bagi menyalurkan pelbagai bantuan kepada pelarian Syria.
    • Mengendalikan aspek pendidikan, kesihatan dan kebajikan pelarian Syria yang berada di Malaysia.
  • Cinta Syria Malaysia (CSM)
    • Ditubuhkan pada tahun 2014
    • Memberikan bantuan kemanusiaan kepad pelarian Syria yang berada di Turki, Lubnan dan Malaysia.
    • Menubuhkan “Sekolah KITA” – Program pendidikan percuma untuk anak-anak pelarian Syria.
  • Global Peace Mission (GPM)
    • Ditubuhkan pada tahun 2001
    • Aktif menjalankan pelbagai aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan di 30 buan negara.
    • Turut aktif memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria berupa makanan, ubatan dan peralatan.
  • Tabung Kemanusian Program Penempatan Migran Syria
    • Dilancarkan pada 20 Mei 2016.
    • Rakyat Malaysia memberi sumbangan melalui tabung ini.
  • 2017 – Rakyat Malaysia juga menyertai perhimpunan solidariti menyokong Syria dan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Syria di Kuala Lumpur.

Tsunami di Aceh dan Sri Lanka

  • 2004 – Bencana alam telah memusnahkan Aceh dan Sri Lanka menarik perhatian Malaysia.
  • Malaysia melancarkan bantuan segera seperti bantuan perubatan, makanan dan keperluan harian.
  • NGO yang terlibat dalam misi kemanusiaan di Aceh dan Sri Lanka
    • Malaysia Medical Relief Society (MERCY Malaysia)
    • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
    • Yayasan Restu
  • Malaysia Medical Relief Society (MERCY Malaysia)
    • Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood
    • Aktif dalam bidang kesukarelawanan dan kemanusiaan membabitkan negara yang berkonflik dan ditimpa bencana.
    • Bertindak memberikan bantuan perubatan serta membina semula pusat kesihatan komuniti di Aceh.
    • Membangunkan infrastruktur di Sri Lanka termasuk sekolah dan jambatan bagi kemudahan penduduk.
  • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
    • Ditubuhkan pada tahun 1971.
    • Memberikan bantuan kemanusiaan kepada pihak yang memerlukan termasuklah mangsa bencana tsunami di Aceh.
    • Mendirikan sekolah dan rumah perlindungan kepada lebih kurang 120 orang anak yatim yang menjadi manda tsunami.
  • Yayasan Restu
    • Ditubuhkan pada tahun 1998
    • Memberi bantuan pendidikan percuma kepada warga Aceh.
    • Membangunkan rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareung, Aceh.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024