Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

9.7 - Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Pencernaan dan Tabiat Pemakanan

Pengubahsuaian Organ Pencernaan

Pintasan gaster merupakan salah satu prosedur pembedahan yang boleh mengawal obesiti. Prosedur ini dapat membantu mengurangkan berat badan kerana ia mengubah cara perut dan usus kecil menangani makanan yang diambil. Selepas pembedahan, perut akan menjadi kecil dan individu tersebut mudah terasa kenyang dengan pengambilan makanan yang lebih kurang.

Rajah 7

Rajah 7 - Kantung gastrik (poket kecil) yang dihasilkan daripada perut dan disambung terus ke usus kecil. Jadi, makanan yang diambil akan terus memasuki kantung gastrik ini dan seterusnya ke usus kecil.

Isu-isu Kesihatan Berkaitan Penyahtinjaan

Sembelit ialah salah satu isu paling umum yang berkaitan dengan penyahtinjaan. Pengambilan diet seharian kita harus mempunyai kandungan air dan serat yang mencukupi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Sembelit yang kronik mungkin mengakibatkan hemoroid, kanser kolon dan kanser rektum. Berikut adalah beberapa contoh fungsi serat:

  • Mendorong peristalsis
  • Menyerap dan menyingkirkan bahan toksik
  • Mengawal penyerapan glukosa (penting untuk pesakit kencing manis)
  • Meningkatkan populasi bakteria berfaedah dalam usus

Air juga membantu melembutkan serat dan menambahkannya. Ini memudahkan pergerakan tinja di sepanjang kolon dan mengelakkan masalah sembelit.

Isu-isu Kesihatan Berkaitan Tabiat Pemakanan

Tabiat pemakanan yang buruk sentiasa dikaitkan dengan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kehidupan seharian.

Gastritis

  • Keradangan dan kakisan lapisan epitelium perut kerana tiada makanan.
  • Boleh menyebabkan ulser gaster kalau tidak dirawat.
  • Boleh disebabkan oleh makan pada masa yang tidak tetap, alkohol berlebihan atau pengambilan ubat penahan sakit dan stres.

Anoreksia nervosa

  • Sering dijumpai dalam remaja kerana taksub dengan berat badan.
  • Selalu bimbang akan berat badan dan bentuk badan mereka.
  • Berat badan mereka adalah 15% kurang daripada berat badan normal.
  • Boleh menyebabkan kematian.
  • Diiktiraf sebagai gangguan psikologi.

Dismorfia otot

  • Terlalu khuatir dengan badan mereka yang kecil dan tidak cukup berotot.
  • Akibatnya, mereka menjalani senaman angkat berat dan membina otot secara berlebihan.
  • Mengambil steroid atau suplemen lain untuk membina lebih banyak otot.

Bulimia nervosa

  • Juga obses dengan berat badan mereka.
  • Makan banyak dan memuntahkan makanan yang diambil.
  • Sesetengah orang mengambil laksatif untuk menyebabkan cirit-birit.
  • Boleh mengakibatkan penyahhidratan, masalah nutrisi dan seterusnya penyakit kardiovaskular dan kerosakan ginjal sekiranya berterusan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024