Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

9.2 - Pencernaan

Jenis Pencernaan

Pencernaan ialah proses penguraian makromolekul kepada molekul yang lebih kecil dan ringkas supaya mudah diserap. Dalam manusia dan hidupan mamalia yang lain, pencernaan melibatkan dua proses iaitu pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.

  • Pencernaan fizikal
    • Penguraian butiran makanan besar secara mekanikal
    • Termasuk pengunyahan dalam mulut; proses pergaulan dalam perut
  • Pencernaan kimia
    • Penguraian molekul kompleks kepada molekul kecil yang mudah diserap
    • Melibatkan enzim pencernaan

Pencernaan Karbohidrat dalam Mulut

  1. Proses pencernaan bermula di dalam mulut.
  2. Kehadiran makanan merangsang perembesan air liur oleh kelenjar liur.
  3. Air liur mengandungi enzim amilase air liur yang menghidrolisis kanji menjadi maltosa.
  4. pH optimum berada dalam julat 6.5 – 7.5 dalam mulut untuk membolehkan enzim amilase air liur berfungsi.

Formula Maltosa

  1. Makanan yang dikunyah dibentuk menjadi bolus untuk mudah ditelan.

Rajah 2

Rajah 2 - Peristalsis merupakan pergerakan otot secara tidak sukarela. Pengecutan dan pengenduran secara beritma dirangsang oleh kehadiran bolus dalam salur alimentari.

  1. Semasa proses telan, kepak rawan yang dipanggil epiglotis menutup laluan pernafasan secara sementara untuk menghalang kemasukan makanan ke dalam trakea.
  2. Pergerakan bolus di sepanjang esofagus dibantu oleh prosess peristalsis sehingga bolus sampai di perut. Peristalsis merupakan tindakan pengecutan dan pengenduran otot seperti kelombang di sepanjang saluran alimentari.

Pencernaan Protein dalam Perut

Permukaan yang dilapisi sel epitelium dalam perut mengandungi kelenjar gaster yang bertanggungjawab merembeskan jus gaster. Terdapat 3 sel utama yang terlibat dalam proses pencernaan di dalam perut.

  • Sel utama menghasilkan pepsinogen.
  • Sel parietal merembeskan asid hidroklorik.
  • Sel mucus merembeskan mukus.

Rajah 3

Rajah 3 - Rembesan jus gaster mengandungi mukus, asid hidroklorik dan enzim pepsin dan renin.

Pepsinogen merupakan enzim tak aktif yang akan diaktifkan oleh asid hidroklorik untuk membentuk pepsin. Pepsin boleh menghidrolisis protein menjadi polipeptida.

Formula Polipeptida

Asid hidroklorik dalam perut mempunyai 3 fungsi penting:

  • Menyediakan persekitaran asidik (pH 1.5 – 2.0) untuk aktiviti pepsin
  • Menghentikan tindakan enzim amilase air liur
  • Membunuh bakteria yang ada makanan

Mukus melindungi dinding perut daripada dihakis oleh asid hidroklorik dan enzim pencernaan. Makanan digaul oleh tindakan peristalsis otot dinding perut selama beberapa jam. Akhirnya, kandungan dalam perut menjadi bentuk separa cair yang dipanggil kim. Pengenduran sfinker membolehkan kim memasuki duodenum secara perlahan.

Pencernaan Karbohidrat, Protein dan Lipid dalam Usus Kecil

Usus kecil terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum yang berlingkar. Duodenum merupakan bahagian pertama usus kecil yang menerima kim daripada perut. Pada masa yang sama, rembesan dari pundi hempedu dan pankreas juga diterima di duodenum.

Duodenum

  • Hati
    • Merembes hempedu yang disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Hempedu
    • Mengurangkan keasidan kim
    • Menyediakan keadaan beralkali (pH 7.6 – 8.6) untuk tindakan enzim
    • Mengemulsikan lipid menjadi titisan-titisan halus untuk menambahkan luas permukaan untuk tindakan enzim.
  • Pankreas
    • Menghasilkan jus pankreas yang mengandungi amilase pankreas, tripsin dan lipase.

Kelenjar di dinding ileum merembeskan jus usus yang mengandungi enzim pencernaan untuk melengkapkan pencernaan peptida dan disakarida.

Pencernaan Karbohidrat, Protein dan Lipid

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024