Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

9.5 - Penyahtinjaan

Fungsi Usus Besar

Selepas penyerapan nutrien, kandungan yang tertinggal akan memasuki kolon. Kandungan usus terdiri daripada campuran air, makanan tidak tercerna, serat dan juga sel dan bakteria mati. Dua fungsi utama yang dijalankan oleh usus besar ialah penyerapan semula air dan mineral dan pembentukan tinja.

Usus Besar

Kolon

  • Penyerapan semula air, mineral dan produk sampingan metabolik yang lain seperti vitamin B, vitamin K dan asid folik.
  • Penyerapan air dari makanan tidak tercerna membentuk sisa yang tinggal iaitu tinja.
  • Tinja mengandungi makanan tidak tercerna, sel mati dan produk lain seperti pigmen hempedu, bakteria dan bahan toksik.
  • Rembesan mukus dari dinding kolon membantu pergerakan tinja di sepanjang kolon.

Rektum

  • Tinja mengambil masa selama 12 hingga 24 jam untuk sampai di rektum.
  • Apabila tinja terkumpul, tekanan dihasilkan di rektum bertambah dan menyebabkan keinginan untuk menyingkirkan tinja dari badan.
  • Otot-otot rektum mengecut untuk mengeluarkan tinja melalui dubur.
  • Proses ini dikenali sebagai penyahtinjaan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024