Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

9.6 - Gizi Seimbang

Nilai Tenaga dalam Sampel Makanan

Nutrien yang diserap membekalkan badan keperluan asasnya. Oleh itu, gizi seimbang sangat penting untuk memenuhi keperluan badan. Gizi seimbang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan termasuk karbohidrat, protein, lipid, air, serat, vitamin dan mineral. Semua kelas makanan mesti diambil pada kadar dan kuantiti yang betul untuk memenuhi tenaga keperluan seharian badan.

Nilai Tenaga

  • Merujuk kepada jumlah tenaga haba yang dibebaskan daripada pengoksidaan satu gram makanan.
  • Diukur dalam unit kilojoule per gram (kJ/g).
  • Kalori merupakan unit alternatif untuk tenaga haba.
  • 1 kalori = 4.2 J, iaitu kuantiti tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1°C pada tekanan 1 atmosfera.

Formula Nilai Tenage

Kandungan Vitamin C dalam Jus Buah-Buahan atau Sayur-Sayuran

Vitamin C yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mudah dirosakkan oleh suhu yang tinggi. Oleh itu, buah-buahan dan sayur-sayuran harus disimpan di tempat yang mempunyai julat suhu yang sesuai.

Pengubahsuaian Diet bagi Individu Tertentu

Gizi seimbang adalah berbeza berdasarkan kumpulan individu tertentu kerana beberapa faktor:

  • Umur
  • Gaya hidup
  • Keadaan kesihatan
  • Keperluan nutrien khusus

Rajah 6

Rajah 6 - Pinggan Sihat Malaysia. Konsep suku-suku separuh merupakan satu cara yang baik untuk mengamalkan amalan pemakanan sihat. Buah-buahan dan sayur-sayuran merangkumi bahagian yang paling besar dalam pinggan, manakala karbohidrat dan protein dibahagikan secara sama rata.

Pengambilan karbohidrat secara berlebihan akan menyebabkan penyakit kencing manis, obesity dan karies gigi. Glukosa berlebihan disimpan sebagai lemak di dalam badan. Seseorang individu dikatakan obes apabila dia mempunyai berat badan 20% lebih tinggi daripada berat purata dengan mengambil kira ketinggiannya. Makanan dengan kandungan lemak yang tinggi akan menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah mereka. Akhirnya, ini boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan aterosklerosis.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024