Pembiakan Seks, Perkembangan dan Pertumbuhan dalam Manusia dan Haiwan
Dalam organisma hidup, pertumbuhan merupakan satu proses tidak berbalik yang melibatkan pertambahan saiz, jisim, isi padu badan dan bilangan sel. Proses ini melibatkan perubahan yang berkaitan dengan pembezaan dan pengkhususan di mana struktur/sel yang tidak khusus diubah suai untuk menjalani fungsi yang spesifik.
Proses pertumbuhan dalam manusia dan haiwan boleh diukur dengan menggunakan parameter seperti:
Serangga menjalani beberapa proses pertumbuhan yang berbeza berbanding dengan manusia dan haiwan. Serangga mungkin menjalani proses metamorfosis lengkap atau metamorfosis tidak lengkap.
Rajah 11 - Proses metamorfosis lengkap rama-rama.
Rajah 12 - Proses metamorfosis tidak lengkap.
Apabila parameter pertumbuhan seperti jisim atau ketinggian organisma diplotkan melawan masa, lengkung pertumbuhan akan dihasilkan. Lengkung pertumbuhan biasanya berbentuk 'S' dan dikenali sebagai lengkung pertumbuhan sigmoid. Lengkung pertumbuhan sigmoid boleh dibahagikan kepada 6 fasa.
Serangga mempunyai rangka luar yang keras dan tidak kenyal yang diperbuat daripada kitin. Rangka luar ini tidak membesar selaras dengan pertumbuhan haiwan dan tidak menghasilkan lengkung pertumbuhan sigmoid. Bagi membolehkan pertumbuhan dan perkembangan, serangga mesti menjalani proses penyalinan rangka luar atau ekdisis dari masa ke masa. Ekdisis merupakan proses penggantian rangka luar lama dengan yang lebih besar dan baharu. Apabila panjang badan serangga diplotkan melawan masa, pola pertumbuhan tidak selanjar dan berbentuk tangga.
Rajah 13 - Lengkung pertumbuhan berbentuk tangga. Proses ekdisis berlaku secara berkala. Pola pertumbuhan ini bukan secara berterusan. Bahagian mendatar graf menandakan pertumbuhan sifar. Pada peringkat ini, serangga berhenti berkembang. Antara setiap peringkat ekdisis dipanggil sebagai instar. Pada peringkat ini, serangga dikenali sebagai nimfa. Garisan menegak graf menandakan pertumbuhan yang pantas. Pada masa ini, nimfa mengalami proses ekdisis. Saiz organisma bertambah dengan cepat semasa proses ekdisis. Proses ekdisis perlu berlaku beberapa kali sebelum serangga mencapai peringkat dewasa.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!