Pembiakan Seks, Perkembangan dan Pertumbuhan dalam Manusia dan Haiwan
Kadang-kala, apabila dua atau lebih oosit sekunder dibebaskan dan disenyawakan secara serentak, dua atau lebih embrio akan terbentuk. Jika dua embrio terbentuk, mereka dipanggil sebagai anak kembar. Anak kembar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kembar tak seiras atau kembar seiras.
Rajah 10 - Kembar seiras (kiri) berkongsi plasenta yang sama. Kembar tak seiras (kanan) mempunyai plasenta yang berasingan.
Pembahagian embrio yang tidak lengkap akan mengakibatkan pembentukan kembar Siam. Bahagian fizikal kembar Siam adalah terlekat bersama seperti bahagian dada, perut atau punggung. Sesetengah kembar Siam mungkin berkongsi satu atau dua organ dalaman. Kembar Siam akan mengalami pergerakan muka yang terhad kerana mereka sentiasa bersama. Kebanyakan kembar Siam meninggal dunia sebelum mereka mencapai usia dewasa. Kembar Siam boleh dipisahkan melalui pembedahan, tetapi kejayaan pembedahan tersebut bergantung pada bahagian badan atau organ dalaman yang dikongsi.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!