Pembiakan Seks, Perkembangan dan Pertumbuhan dalam Manusia dan Haiwan

15.1 - Sistem Pembiakan Manusia

Sistem Pembiakan Lelaki dan Perempuan

Semua organisma mesti melaksanakan proses pembiakan untuk kesinambungan spesies. Dalam manusia, pembiakan seks merupakan penghasilan individu baharu daripada proses persenyawaan kedua-dua gamet haploid untuk membentuk zigot diploid.

Rajah 1

Rajah 1 - Sistem pembiakan wanita.

Rajah 2

Rajah 2 - Sistem pembiakan lelaki.

Ciri-ciri dan Fungsi Organ pembiakan

Wanita

  • Uterus
    • Organ yang mempunyai dinding tebal
    • Dinding uterus dilapisi tisu endometrium yang kaya dengan salur darah dan mukus
    • Embrio menempel di sini
    • Tisu endometrium tebal dan kaya dengan salur darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada embrio
  • Tiub Falopio
    • Nipis, tiub berotot
    • Dinding dalaman dilapisi silium
    • Tindakan silium dan peristalsis membantu pergerakan oosit sekunder atau embrio ke uterus
  • Ovari
    • Menghasilkan ovum
    • Menghasilkan hormone seks perempuan seperti estrogen dan progesteron
  • Faraj
    • Saluran masuk sperma
    • Laluan keluar haid dan kelahiran anak
  • Serviks
    • Bukaan sempit uterus
    • Merembes mukus untuk memudahkan pergerakan sperma ke tiub Falopio

Lelaki

  • Vesikel semen
    • Membekalkan nutrien kepada sperma
  • Duktus sperma
    • Mengangkut sperma dari testis ke luar badan
  • Kelenjar prostat
    • Merembes bendalir yang membantu pergerakan sperma
  • Skrotum
    • Kantung luaran yang memegang dan melindungi testis
  • Testis
    • Terletak di dalam skrotum
    • Menghasilkan sperma
    • Menghasilkan hormon seks lelaki seperti testosteron
  • Zakar
    • Kaya dengan tisu lembut dan salur darah
    • Memancutkan sperma ke dalam faraj perempuan semasa persetubuhan
  • Uretra
    • Salur untuk mengeluarkan sperma dan air kencing dari badan

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024