Pembiakan Seks, Perkembangan dan Pertumbuhan dalam Manusia dan Haiwan
Daripada berjuta-juta sperma yang dipancutkan, hanya satu sperma sahaja yang akan berjaya menembusi dan mensenyawakan ovum. Sekiranya persenyawaan berjaya, membran persenyawaan akan terbentuk di luar permukaan oosit sekunder dan menghalang sperma lain daripada menembusi ovum tersebut. Pencantuman nukleus sperma dan ovum akan menghasilkan zigot diploid.
Rajah 8 - Selepas persenyawaan, zigot manusia menjalani mitosis berulang kali semasa menuruni tiub Falopio. Pembahagian sel pertama membentuk embrio dua sel. Pembahagian sel berterusan kemudian menghasilkan morula. Morula berkembang menjadi blastosista. Penempelan blastosista di endometrim berlaku 7 hari selepas persenyawaan. Blastosista terus berkembang untuk menjadi embrio.
Pada awal peringkat kehamilan, plasenta akan menghasilkan banyak hormon HCG yang boleh dikesan dengan mudah oleh ujian kehamilan. Hormon HCG memainkan peranan yang penting dalam memastikan korpus luteum merembes hormon estrogen dan progesteron secara berterusan untuk menyokong kehamilan.
Semasa kehamilan, pembentukan plasenta menghubungkan fetus dengan ibunya melalui tali pusat. Tali pusat ialah tiub yang mengandungi satu vena tali pusat dan dua arteri tali pusat.
Rajah 9 - Plasenta merupakan tapak pertukaran nutrien, gas respirasi dan bahan hasil buangan antara ibu dan fetus. Nutrien, oksigen, antibodi dan hormon diangkut dari arteriol ibu ke fetus. Pada masa yang sama, karbon dioksida dan bahan buangan bernitrogen diangkut dari fetus ke vena ibu. Plasenta juga berfungsi sebagai kelenjar endokrin yang merembes hormon estrogen dan progesteron untuk menggantikan korpus luteum yang merosot. Kedua-dua hormon ini membantu mengekalkan ketebalan endometrium dan salur darah yang kaya sepanjang tempoh kehamilan.
Walaupun kapilari fetus dan ibu sangat rapat, darah mereka tidak bercampur. Ini sangat penting untuk
Namun begitu, kapilari membran dan vilus korionik hanya memberi perlindungan separa kerana bahan-bahan seperti dadah, alkohol, nikotin, virus HIV dan rubela masih boleh menembusi plasenta dan menjejaskan perkembangan fetus.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!