Sistem Persekutuan

4.4 - Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan

Sistem Persekutuan di negara kita diperkukuhkan konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Penyelaran antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Keluhuran Pekembangan Mengukuhkan Persekutuan

  • Perlembagaan Persekutuan - Undang-undang tertinggi bagi mentakrif prinsip Persekutuan dan pentadbiran negara.
  • Parlimen dan DUN tidak boleh menggubal undang-undang yang bercanggah antara satu sama lain.
  • Parlimen menjadi rujukan utama apabla berlaku ketidakselarasan antara undang-undang Persekutuan dengan Persekutuan Negeri.
  • Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan – Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan hendaklah mengatasi undang-undang Negeri.

Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

  • Penyelarasan pentadbiran dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri serta majlis khas.

Mesyuarat Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

  • Dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
  • Dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri.
  • Tujuan – Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan.

Majlis yang Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

  • Majlis Negara – Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, iaitu:
    • Majlis Kewangan Negara – Mentadbir hal ehwal berkaitan kewangan.
    • Majlis Tanah Negara – Membentuk dasar dan mengawal penggunaan tanah.
    • Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan – Perunding Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Kerajaan Tempatan.

Majlis yang ditubuhkan oleh Kerajaan

  • Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dibuat melaluui majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan:
    • Majlis Keselamatan Negara
    • Majlis Air Negara
    • Majlis Perumahan Negara

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024